17 September 2024

FAZURA MOHON FATTAH AMIN 'LEPASKAN' DIRINYA SECARA BAIK



Pelakon Nur Fazura yang sudah hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin itu memohon agar suaminya 'melepaskan' dirinya secara baik.
Menerusi laporan Utusan Online, sumber memberitahu, perkara tersebut dinyatakan oleh Fazura dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Jumaat lalu.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau bercerai secara baik.

Klik untuk gambar besar
Jelas sumber itu lagi, tarikh sebutan bagi permohonan cerai secara baik itu masih belum ditetapkan.

Dalam pada itu, buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Fattah telah melantik peguam syarie untuk mewakili dirinya dalam permohonan cerai itu.

Tambah sumber itu lagi, peguam syarie yang mewakili Fazura kini berada di luar negara dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan dalam masa terdekat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: