"Selamat pagi semua. Kita masuk dalam dulu (dewan bicara untuk perbicaraan k£s permohonan perceraian). Alhamdulillah saya tenang."
Demikian kata pelakon Nur Fazura, 41, ketika ditanya mengenai keadaannya pada pagi ini, setibanya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, bagi sebutan k£s permohonan perceraian yang difailkannya, dua minggu lalu.
Fazura yang menggenakan sepasang jubah dan tudung serba putih itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9.25 pagi dengan ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman selain diiringi lima pengaw@l peribadi (b0dyguard).
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Fazura turut memberitahu, semuanya dalam keadaan baik ketika ditanya mengenai anaknya, Nur Fatima Aisya.
Sementara itu, suami Fazura iaitu pelakon Fattah Amin pula difahamkan tiba lebih awal bersama peguam, Zulkifli Che Yong, namun Fattah terlebih dahulu memasuki ke ruang sulh tanpa melalui pintu hadapan mahkamah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment