22 November 2024
"ADA DUA TEMPAT 'SLIP DISC', SELAMA INI SAYA TAK LAYAN S4KIT ITU" - BETO KUSYAIRY MAHU KURANGKAN AKSI LAS4K DALAM LAKONAN
"Umur saya sudah 44 tahun. Apabila sudah mencecah angka empat semua perkara menjadi perlahan. Nak buat badan jadi perlahan, apatah lagi pergerakan sudah tidak sama seperti zaman muda dulu.
"Banyak kecederaan lama yang saya tak pernah layan, sekarang datang semula. Pinggang mula sakit dan hari itu periksa rupa-rupanya ada dua tempat 'slip disc'. Selama ini saya tak layan sakit itu.
"Hati mahu buat macam-macam aksi, tetapi kemampuan fizikal tidak membenarkan. Sudah terbatas sedikit. Saya terfikir juga mahu perlahankan watak-watak yang terlalu aksi."
Klik untuk gambar besar
Itulah ujar pelakon Beto Kusyairy yang akur terpaksa mengurangkan aksi lasak dalam lakonan disebabkan mas@lah 'slip disc' dialaminya.
Jelas Beto atau nama sebenarnya NurKusyairy Zakuan Osman, ada keced£raan lama pada tubuhnya yang sebelum ini dia tidak pedulikan.
Dalam pada itu, Beto bersyukur tugasannya yang masih dituntut untuk melakukan babak aksi dalam filem terbaru, 'Gayong', tidak sukar dan gerakan yang diberikan masih mampu dilakukan.
"Saya bersyukur dalam filem 'Gayong', saya diberikan koreografi yang sangat bagus dan mampu dibuat. Saya juga dijaga dan dikawal dengan baik dari segi keselamatan.
"Dari hari pertama penggambaran hingga hari terakhir filem ini, saya bersyukur tidak mengalami kecederaan serius. Lebam dan luka sikit itu biasalah," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment