Umum sedia maklum, selepas setahun bergelar ibu tunggal kepada empat cahaya mata, penyanyi Ina Naim telah pun selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor pagi semalam.
Namun apa menarik perhatian ramai, anak sulung Ina iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 16, yang duduk disebelah bapa tirinya, dilihat tidak dapat menahan sebak apabila beberapa kali mengesat air mata ketika doa dibacakan selepas ibunya itu sah bernikah kali kedua.
Turut mencur1 tumpuan, Ina yang duduk di pelamin juga sebak sebelum ditenangkan individu disebelahnya dan perkongsian video tersebut yang dimuat naik semula di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak, selain mendoakan kebahagian Ina sekeluarga.
Klik untuk gambar besar
"Persamaannya sangat banyak dengan arwah, itu yang buatkan saya tertarik. Khairul juga seorang yang sangat penyabar dan penyayang orangnya. Saya lihat dia menghantar mesej dengan anak-anak saya dan respon anak-anak saya juga baik, mudah untuk menerima apa yang Khairul ajar.
"Itulah yang dikatakan qada dan qadar. Rukun iman yang keenam. Kita tidak boleh tentukan nasib kehidupan kita macam mana. Sekarang ini saya sudah menjadi isteri kepada Khairul. Itu adalah takdir Allah, Alhamdulillah," katanya.
Selain itu, Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, 40, turut meluahkan rasa syukur apabila terlepas daripada fitn@h orang ramai selepas dia sah kembali bergelar isteri.
"Saya rasa bersyukur kerana terlepas daripada sebarang fitn@h. Biasalah bila hidup sebagai ibu tunggal banyak fitn@h di luar. Alhamdulillah, Allah selamatkan saya daripada fitn@h-fitn@h itu.
"Agak lama juga saya buat keputusan untuk bernikah lagi. Tapi bila dia datang bawa resume, saya terima keikhlasan yang ada pada dia. Keduanya, saya rasa dia boleh bantu saya untuk meneruskan perjuangan sebagai bapa untuk mengajar anak-anak," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment