14 November 2024

BEKAS PEKERJA DAKWA STESEN TV MILIK PENGACARA POPULAR BERSTATUS DATUK CUL4S BAYAR PERKESO, GAJI?



"Aku tak tahu kenapa nama Shuib je naik sebab tak bayar Perkeso/KWSP. Nak bagitahu Datuk pun sama. Malah ada gaji tertunggak dua-tiga bulan. Aku bekas pekerja dia di stesen itu. Rancangan syok sendiri semuanya."
Demikian kata seorang individu yang mendakwa dirinya bekas pekerja kepada seorang selebriti dan pengacara terkenal berstatus Datuk, dimana dia mendedahkan bahawa selebriti itu tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk para pekerjanya, malah gagal melunaskan gaji mereka selama beberapa bulan.

Dalam hantaran tersebut, individu itu turut mendakwa dia sebelum ini pernah membuat aduan di pejabat buruh dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

Klik untuk gambar besar
"Saya dah pernah buat laporan dekat pejabat buruh KWSP, tapi tak jalan. Dah pernah viral sebelum ini tapi tak menjadi," dakwanya lagi.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen berasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat individu terbabit.

Malah, ramai juga netizen yang sudah dapat menggagak siapakah selebriti dan pengacara terkenal yang dimaksudkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: