20 November 2024

"JAGA SAYA & ANAK-ANAK DENGAN ELOK, BERI PENDIDIKAN, SAYANG SAYA SELALU' - INA NAIM TAK PANDANG NILAI NAFKAH, PENTINGKAN NAFKAH BATIN



"Sebenarnya yang penting dia jaga saya dan anak-anak dengan elok, beri pendidikan dan yang paling penting dia sayang saya selalu. Untuk nafkah yang batin penting, yang zahirnya kita tengok kemampuan."
Demikian ujar penyanyi Ina Naim menerusi video dikongsikan di TikT0k Aliff Syukri, dimana usahawan itu bertanya mengenai nilai nafkah yang diterimanya daripada suami.

Bagaimanapun, Ina berkata, dia tidak mementingkan nilai nafkah kerana baginya ia mengikut kemampuan suami, namun apa yang penting bagi ibu empat cahaya mata itu, suami menyayanginya serta menjaga anak-anak.

Disamping itu, Ina turut menjelaskan, duit raya tidak termasuk dalam nafkah kerana ianya bukan perkara wajib, sebaliknya ia hadiah daripada suami.

"Duit raya tak termasuk dalam nafkah. Ia adalah hadiah daripada suami," ujar Ina yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Khairul Rizal pada 8 November lalu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: