"Urusan rekodkan persetujuan berkaitan idah dan nafkah anak selesai hari ini (semalam). Rekod tersebut adalah seperti yang telah dipersetujui oleh mereka berdua dalam proses perceraian pada Oktober lalu."
Itulah kata peguam syarie yang mewakili pelakon Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan yang memaklumkan, urusan tersebut selesai semalam dan ia dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Fazura dengan bekas suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin selesai merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak perempuan mereka iaitu Nur Fatima Aisya yang dipersetujui bersama sebelum ini, selepas hampir sebulan bercerai.
Dalam pada itu, Fazura juga difahamkan telah memfailkan tuntutan berhubung k£s hadanah atau hak penjagaan anak terhadap Fattah.
Klik untuk gambar besar
"Tentang hadanah juga telah difailkan dan akan dibicarakan pada tarikh yang ditetapkan," jelasnya.
Untuk makluman, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment