07 December 2024

"KALAU DIA (BABY) KELUAR, MUNGKIN DIA TAK BOLEH 'SURVIVE' DEKAT DUNIA LUAR" - SYASYA HAMPIR LAHIRKAN BAYI PRA MATANG, ALAMI PENDAR4HAN



"Masa kejadian, suami saya tengah kemas barang bayi dan tiba-tiba saya rasa basah dan bila saya pegang rupanya ada dar@h tapi tak rasa sakit pun. Sampai saja di sana (hospital), saya sudah ada kontraksi yang tak teratur selang 10 minit.

"Doktor pun macam sudah risau dan kata saya mungkin akan melahirkan dalam sehari dua. Saya pun macam terkejutlah sebab kandungan baru 30 minggu dan 1.3 kilogram tak silap. Doktor kata kalau bersalin, bayi kena masuk NICU (wad penjagaan int£nsif untuk bayi).

"Waktu itu saya macam sedih sangat sebab saya takut apa-apa berlaku. Kalau dia lahir waktu itu akan jadi pra matang dan kalau kontraksi pun makin kerap berlaku, bayi akan terpaksa dilahirkan."

Klik untuk gambar besar

Itulah jelas penyanyi juga bekas anggota Dolla, Syasya Rizal, 23, dimana dia hampir melahirkan bayi pra matang selepas mengalami pendarahan ketika kandungannya baru sahaja berusia 30 minggu.

Kata Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, doktor memaklumkan hal itu disebabkan dia mengalami kontraksi yang tidak teratur setiap 10 minit dan dia terpaksa ditahan di bilik pembedahan selama empat hari bagi tujuan pemeriksaan doktor serta mahu pantau dan periksa jantung bayinya.

"Masa itu saya tak fikir banyak, saya cuma doa dekat Allah supaya bayi saya tak keluar lagi. Sebab kalau dia keluar mungkin dia tak boleh 'survive' dekat dunia luar, saya harap dia boleh tunggu sampai waktu sepatutnya dia keluar," tuturnya.
Ujar Syasya, dia mengamalkan doa Nabi Yunus sepanjang ditahan itu bagi membantu memudahkan urusannya. Selepas beberapa hari, barulah doktor membenarkan dia pulang.

"Selepas itu, doktor benarkan saya balik tapi masih kena makan ubat sebab saya masih ada pendarahan dan tak tahu pendarahan itu datang dari mana. Bila datang untuk pemeriksaan semula, Alhamdulillah semuanya sudah okay, tak ada pendarahan," katanya.

Terdahulu, Syasya secara rasminya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada 8 April atas alasan peribadi dan kemudiannya, Syasya melangsungkan majlis pernikahan dengan Nasrullah dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: