Nampaknya nama Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sekali lagi menjadi perhatian apabila kali ini pasangan pelakon itu membuat k£jutan istimewa buat kakitangan mereka.
Pada mulanya, beberapa pekerja diberikan surat yang meminta mereka berehat selama enam bulan atas alasan tidak menguruskan tanggungjawab dengan baik.
Kemudiannya mereka diminta menandatangani surat itu sebelum meninggalkan pejabat, tanpa mengetahui ia hanyalah sebahagian daripada rancangan Wawa dan Aeril.
Selepas itu, setelah kakitangan mereka menyerahkan surat berkenaan, pasangan ini menunggu di luar pejabat untuk melihat reaksi kakitangan mereka.
Kebanyakan mereka kelihatan sugul dan terk£jut dengan keputusan itu, sebelum Wawa dan Aeril mendedahkan k£jutan sebenar iaitu hadiah istimewa sebagai penghargaan atas kerja keras dan dedikasi mereka bersama syarikat Wawa Cosmetics.
Momen yang penuh em0si itu menyaksikan setiap kakitangan yang menerima 'surat pemecatan' sebenarnya dihadiahkan sebuah kereta Perodua Axia.
Suasana yang sebelum ini sedih kini berubah menjadi gembira dimana rata-rata mereka tidak dapat menahan air mata apabila terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh majikan mereka yang sangat menghargai usaha dan komitmen pekerja.
Beberapa penerima hadiah turut meluahkan rasa syukur kerana ini merupakan kereta pertama yang dimilikinya.
Namun apa yang lebih menyentuh hati, seorang pekerja telah berkongsi, dia baru sahaja menimang cahaya mata sulung dan hadiah yang diterimanya itu sangat bermakna untuk memudahkan urusan keluarganya.
Tind@kan Wawa dan Aeril menerima pujian ramai kerana menunjukkan contoh kepimpinan yang luar biasa dalam menghargai tenaga kerja mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment