"Macam saya pernah cakap sebelum ini saya sedang mencuba dan tak akan berhenti mencuba menjadi manusia lebih baik. Saya tak komen lanjut tentang itu, saya rasa itulah jawapan daripada saya."
Itulah ujar pelakon Nelydia Senrose dimana dia akhirnya tampil bersuara selepas lama berdiam diri mengenai isu terpalit dirinya apabila dikatakan tidak lagi berhijab.
Adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu bagaimanapun enggan komen lebih lanjut berhubung isu tersebut, sebaliknya meminta agar diberi ruang serta mengatakan dia tidak akan berhenti untuk menjadi manusia lebih baik.
Klik untuk gambar besar
"Jadi saya harapkan doa orang ramai supaya saya menjadi lebih baik, saya tahu doa-doa itu akan berbalik kepada diri mereka semula. Saya tak nak ulas lanjut mengenai perkara ini," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment