"Happy birthday son. Apa yang mommy nak adalah, Rayqal solat lima waktu sehari dan zikir, Allahuakbar. Dari solat dan zikir itulah Allah akan lindungi awak."
Itulah tulis pelakon Nora Danish menerusi memuat naik gambar perbualan WhatsApp bersama anak sulungnya, Putra Ryqal Ramli Rizal, baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Nora berkata, dia perlu sentiasa mengingatkan anak-anaknya untuk tidak meninggalkan solat dan tidak boleh letih untuk mengingatkan.
"Budak-budak memang kena ingatkan mereka sepanjang masa. Jangan pernah letih ibu-ibu semua. Terutama anak lelaki, setuju tak? Kalau tak, kena ganti solat qada macam mommy sekarang, jenuh nanti," katanya.
Klik untuk gambar besar
Terbaru, ketika sambutan hari lahir anak Nora, kedua mereka dilihat bergambar bersama anak-anak. Malah jelas Fasha, dia hanya mengekalkan keharmonian bersama Nora apatah lagi anak-anak mereka tetap adik beradik.
Disamping itu, Fasha berkata, dia juga terharu apabila anaknya memberitahu anak Nora masih menganggap dirinya sebagai ibu tiri meskipun tiada lagi ikatan dengan bapa mereka, Jejai atau nama sebenarnya, Rizal Ashram Ramli.
"Nora merupakan ibu kepada Rayqal yang merupakan abang sulung kepada anak-anak saya iaitu Rayfal dan Jemyma. Seronok bila masing-masing teruskan kehidupan yang lebih harmoni.
"Saya sangat tersentuh dan terharu apabila anak saya beritahu yang Rayqal masih menganggap saya sebagai ibu tirinya biarpun saya sudah tiada ikatan lagi dengan Rizal.
"Kata Rayqal kepada Rayfal dan Jemyma, your mother will always be my step mother forever," tutur Fasha yang turut berkata, dia mahu anak-anaknya rapat dengan Rayqal biarpun berlainan ibu dan saling sayang menyayangi.
"Saya bersyukur kerana hubungan kekeluargaan ini masih berterusan biarpun saya sudah berkahwin lain. Tetapi hubungan anak-anak memang kita tak boleh putuskan kerana darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah darah yang sama.
"Anak-anak pun nak lihat kami semua hidup harmoni. Penting untuk kesihatan mental mereka hidup dalam suasana yang harmoni agar mereka rasa lebih dihargai dan mendapat kasih sayang yang secukupnya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment