02 February 2025

AMYZA AZNAN MOHON DOAKAN KESEMBUHAN UNTUK ANAKNYA



"Saya hanya mohon untuk doakan kesembuhan untuk anak saya... Andre Mikhail," tulis pelakon Amyza Aznan, 50, dimana dia turut menyerta tanda pagar 'The Power Of Dua'.

Dalam hantaran yang dikongsikan di akaun Instagram (IG), Amyza memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Andre Mikhail yang kini masih menerima rawatan di hospital akib@t b£ndalir dalam paru-paru.

Amyza juga berkongsi paparan mesej dikirimkan Andre Mikhail berhubung keadaan kesihatannya selepas perbincangan bersama doktor.

"Terima kasih yang mendoakan anak saya," tulis ibu kepada dua cahaya mata ini berserta emoji hati berwarna merah.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen pula, ramai rakan selebriti menitip doa agar Andre Mikhail diberikan kesembuhan segera oleh Allah dan semoga Amyza sekeluarga tabah.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, Amyza dalam temubual media, berkata, dia sekeluarga tidak mengesyaki s@kit dialami anaknya itu s£rius kerana Andre Mikhail aktif bersukan.

"Sebenarnya dia dah sebulan lebih mengadu s@kit bahu. Jadi, kita ingatkan dia s@kit bahu itu sebab 'muscle' (otot) saja kerana dia seorang yang aktif sukan. Main golf dan snooker.

"Dia pun dah ke klinik beberapa kali untuk ambil ubat tah@n s@kit dan buat pemeriksaan lain yang semua keputusannya okay. Tapi, s@kit itu masih berlarutan sampai dia d£mam dan batuk yang lama," tuturnya.

Menurut Amyza lahi, anaknya itu turut mengalami s£sak nafas apabila berjalan dan kerana simpt0m dialami menyebabkan Andre Mikhail dikejarkan ke hospital hingga doktor memaklumkan dipercayai ada b£ndalir dalam paru-parunya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: