18 February 2025

BELUM BERSEDIA BERHIJAB SEPENUHNYA - ZAHNITA WILSON HARAP K£S CERAI SELESAI SECARA HARMONI TANPA PERLU BERG4DUH



"Saya masih belajar dan mencari gaya yang sesuai untuk diri sendiri. Saya belum bersedia untuk tampil berhijab sepenuhnya. Doakan yang baik-baik."

Demikian jelas model dan pelakon, Zahnita Wilson dimana dia mengaku belum membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Perkara itu menimbulkan tanda tanya apabila Zahnita tampil berhijab dalam beberapa sesi fotografi, selain menutup rambut dalam hantaran di Instagram.

Tampil anggun berhijab pada majlis pelantikan sebagai wajah sebuah jenama kosm£tik baru-baru ini, Zahnita berkata, dia hanya sekadar menggayakannya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Zahnita memaklumkan, dia sudah bersedia sekiranya k£s perceraiannya dengan suami, Abdul Zackery, 47, akan terus berpanjangan di mahkamah, selain berharap ia berjalan dengan lancar.

"Nak buat macam mana, mahu atau tidak saya perlu bersedia sekiranya prosiding perceraian saya akan terus berpanjangan. Apapun saya berharap semuanya akan selesai secara harmoni dan tak perlu berg@duh.

"Saya cuma mahu 'dilepaskan' dengan baik," ujar ibu kepada empat cahaya mata, Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: