"Sememangnya tipikal suara itu ada kesulitan bagi memilih karya sesuai pada masa akan datang. Saya sempat berbual dengan dia juga. Memang cab@ran Zazleen sama dengan saya.
"Saya pun ada masa dimana saya harus sedikit selektif terhadap lagu yang akan dinyanyikan kerana kadangkala kita merasakan nak menyanyikan semua lagu dengan suara kita yang sedikit berbeza dengan orang lain.
"Itu akan sedikit mungkin kurang terdengar enak. Saya juga ketika pertama kali saya masuk industri nyanyian, ramai cakap suara saya seperti banyak kahak.
Klik untuk gambar besar
Demikian ujar penyanyi popular Indonesia yang juga juri Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) iaitu Cakra Khan dimana dia melihat peserta program tersebut, Zazzleen Zulkifli mempunyai kesuk@ran memilih atau menyanyikan lagu yang sesuai dengan suaranya, sama seperti dirinya.
Jelas Cakra atau nama sebenarnya, Cakra Konta Paryaman, 33, dia agak memilih untuk membawa sesebuah lagu dengan memanfaatkan ciri khasnya secara maksima.
Sementara itu, Zazzleen pula berkata, Cakra sempat berkata kepadanya ketika naik ke atas pentas semasa penutup CSOIAM ini, bahawa single 'Merah' nyanyiannya, kena dengan suara beliau.
"Cakra cakap lagu itu 'ngam' dengan vokalnya. Mungkin lagu itu saya boleh duet dengan Cakra. Dia menyanyi sikit pun saya dah terharu. Tengoklah mungkin ada perancangan membabitkan kami selepas ini," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment