Semua sedia maklum mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 dimana ia baru sahaja melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan lagu 'Hening Rindu' nyanyian Marsha Milan sebagai juara.
Meskipun sudah berakhir, namun acara itu menjadi bualan di media sosial, termasuk reaksi anak kepada pelawak Shuib iaitu Thalita yang dilihat menangis ketika Marsha mempersembahkan lagu 'Hening Rindu'.
Berhubung itu, ada segelintir netizen mempertikaikan apabila kamera menayangkan wajah Thalita yang sedang menangis ketika persembahan Marsha.
Klik untuk gambar besar
Malah, ada juga netizen menyifatkan reaksi anak Shuib itu sebagai berlebihan atau 'over'.
Sementara itu, ada yang mempertahankan kanak-kanak tersebut dengan mengatakan mungkin lagu berkenaan membuatkan dia teringatkan arwah ibunya, Siti Sarah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment