16 February 2025

NIKAH TAHUN INI - AISYAH AZIZ BELUM SEDIA DEDAH LELAKI YANG BERTAKHTA DI HATINYA



"Insya-Allah doakan semoga panjang jodoh. Kita hanya mampu merancang. Apapun saya tidak menafikan dan sedang dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Doakan, Alhamdulillah.

"Saya sebenarnya agak menjaga soal berkaitan privasi. Jadi saya mohon doa yang baik-baik daripada semua sehingga tiba pada hari yang sudah ditetapkan."

Demikian kata penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz yang mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan lelaki yang sedang bertakhta di hatinya ketika ini.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Aisyah yang kini berhijab sejak tahun lalu, meluahkan rasa terharu apabila ramai yang memuji penampilan terbaharunya itu.

"Syukur, terima kasih. Dalam ramai yang mengh£ntam (tampil bertudung) namun masih ada yang mendoakan saya.

"Malah saya pernah ditegur peminat yang meluahkan rasa gembira dengan penghijrahan ini. Mereka selalu mendoakan yang terbaik untuk saya sekeluarga.

"Sekurang-kurangnya masih ada yang mendoakan perkara yang baik-baik untuk saya," tuturnya yang beraksi di Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) menerusi lagu 'Pujaanku' duet bersama kumpulan Masdo yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: