"Dalam galeri telefon mak ngah (Che Ta) ni banyak sangat gambar baby Raees. Setiap hujung minggu, kalau Raees tak mai KD, mak ngah akan pi Seremban.
"Baby yang sangat baik, terlalu baik, luar biasa. Mummy & Daddy (Ayu dan Zaquan) sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini.
"Pinjaman yang penuh kenikmatan. #6bulan9hari. Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga dah menanti di sana."
Demikian tulis pelakon Rozita Che Wan menerusi media sosial, dimana dia menyifatkan adiknya, pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha adalah insan yang bertuah meskipun baru kehilangan anak bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees.
Selain itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memberitahu, mereka dapat tidur bersama anak syurga ini buat kali terakhir dan turut mengucapkan selamat jalan buat baby Raees.
"Semalam (Selasa - 11 Februari), dapat juga kami semua tidur dengan baby Raees untuk kali terakhir. Selamat jalan anak syurga. Damailah mu disana sayangku, Muhammad Aisy Al Raees bin Mohammad Zaquan Adha," tuturnya.
Pada 11 Februari lalu, anak bongsu Ayu dan Zaquan, Muhammad Aisy Al Rees yang berusia enam bulan meninggal dunia ketika tidur.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment