Semua sedia maklum mengenai 'kehilangan' Yassin Yahya ataupun lebih dikenali sebagai Yassin Senario dari industri hiburan tanah air sejak beberapa bulan lalu.
Anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar, 57, ketika diminta mengulas mengenai Yassin yang juga rakan seperjuangan itu berkata, Yassin yang dianggap sebagai adik bongsu dalam kumpulan Senario itu berada dalam keadaan baik ketika ini.
"Kita akan dapat berita gembira (mengenai Yassin) lagi beberapa minggu dan akan dapat bersama dengannya. Isteri Yassin yang hubungi saya dan beritahu dia berada dalam keadaan sihat dan baik di sana.
"Saya percaya semua orang pun sudah tahu dia ada di mana. Bagi saya, di mana pun dia berada, kita sama-sama doakan yang baik-baik untuknya," tuturnya.
Kata Azlee lagi, dia berasa c£mburu dengan sahabatnya itu yang berpeluang menjalani ibadah puasa pada Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi di tempat yang lebih baik.
"Sebenarnya, saya pun 'sedih' sebab kita berpuasa di sini, tapi dia dapat berbuka puasa 'di sana' dan betapa beruntung dirinya. Itu adalah rahmat yang Allah beri padanya.
"Yassin sebenarnya mahu menambah ilmu dan dia sedang menuntut ilmu dan mungkin selepas ini, dia akan mengajar kita pula," ujarnya.
Dalam pada itu, Azlee juga mengharapkan kesemua anggota Senario termasuk Yassin akan dapat bersama menjayakan konsert berskala besar kumpulan itu di Stadium Merdeka pada Oktober tahun ini.
"Kita sebenarnya ada konsert besar Senario pada Oktober nanti di Stadium Merdeka dengan sasaran pengunjung seramai 40,000 orang. Ini giliran Senario pula untuk masuk ke sana, jadi kami memang mengharapkan semua anggota ada," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment