"Jaga diri awak, ini bukan soal rezeki tapi badan mahu pakai lama. Saya pernah mengandung jarak dekat. Masa bersalin kena tumpah dar@h sebab tak jaga penjarakan, itu pandangan saya lah."
Demikian teguran seorang individu mengenai kehamilan jarak dekat yang dikongsikan isteri pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri menerusi muat naik paparan mesej di media sosial.
Dalam hantaran itu juga, Fazeera meluahkan rasa kurang senang apabila ada netizen yang mempersoalkan dia hamil jarak dekat kerana baginya, dikurniakan anak yang ramai merupakan rezeki dari Allah dan dia tidak mampu menolaknya.
"Berd0sa ke saya yang sudah bersuami ini mengandung? Kalau rezeki, takkan saya nak tolak. Saya percaya, setiap cahaya mata ada lorong rezeki yang tak berpenghujung," ujarnya.
Dalam pada itu, Fazeera turut menegur sikap segelintir wanita yang seakan mahu menj@tuhkan martabat wanita lain berikutan kesus@han yang mereka alami.
Klik untuk gambar besar
"Saya rasa tak perlu kot wanita sesama wanita ini 'down' kan wanita lain. Sikit-sikit cakap 'nanti str£ss cakap anak ramai', 'ada pembantu rumah senang lah', 'badan mahu pakai lama lah', 'mengandung lagi?', 'suami tak kesian dekat isteri ke?'.
"Walaupun kalian di luar sana melalui beberapa kepay@han dalam kehamilan, tak perlu tarik orang lain atau cerita benda itu kepada orang lain," katanya.
Baru-baru ini, Fazeera memaklumkan dia dan Fizo Omar bakal menimang cahaya mata ketiga selepas berkahwin pada 21 Oktober 2021.
Pasangan itu telah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment