21 March 2025

"KENYATAAN BERKENAAN TIDAK BENAR & MENDATANGKAN FITN4H BESAR..." - RUSHDI NAFI SEPENUHNYA KENYATAAN DIBUAT OLEH MADU NORA ARIFFIN



"Pada awalnya, saya tidak ingin membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai isu ini. Namun, demi untuk menyatakan kebenaran dan membersihkan nama, saya menafikan sepenuhnya kenyataan dibuat oleh Rose.
"Kenyataan berkenaan tidak benar dan mendatangkan fitn@h besar kepada saya sebagai suami dan Nora sebagai isteri kedua.

"Hakikatnya, wujud d£sakan dan suruhan daripada pihaknya (Rose) sehingga saya menceraikan Nora, namun kemudiannya saya rujuk semula.

"Saya ingin menyatakan terdapat bukti wujudnya d£sakan dan suruhan daripada pihak ketiga untuk saya menceraikan Nora."

Demikian kata suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli dimana dia mempertahankan kenyataan isteri keduanya yang mendakwa perceraian berlaku disebabkan d£sakan isteri pertama, Rose Aliza Sutrisno dan anaknya, Alia Rushdi.

Melalui kenyataan media dikeluarkan, Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya (UM) itu turut menyifatkan kenyataan dikeluarkan Rose iaitu perceraian berlaku atas kehendak suami sebagai fitn@h.

Dalam pada itu, Rushdi berkata, meskipun mengakui memahami perasaan dialami Rose yang dimadukan tanpa pengetahuan, namun itu tidak bermakna isteri pertamanya boleh bertindak sesuka hati dengan memaksa dirinya menceraikan Nora.

"Bagaimanapun, saya ingin nyatakan di sini, saya sangat berharap kem£lut isteri-isteri saya dapat diselesaikan secara harmoni demi bulan Ramadan yang mulia ini. Saya amat sayang kedua-dua isteri dan keluarga saya.

"Sesungguhnya saya amat menghargai segala kebaikan dan pengorbanan isteri pertama sepanjang hidup bersamanya, selain saya juga menghargai kebaikan isteri kedua.

"Saya amat berharap saya dan isteri-isteri saya dapat melayari bahtera dan meniti kehidupan bersama dengan sakinah, mawaddah warahmah hingga ke jannah-Nya," ujarnya.

Pada 19 Mac lalu, isteri pertama Rushdi menerusi hantaran di media sosial tampil menafikan dia dan anaknya menjadi punca perceraian suami dan isteri keduanya seperti didakwa Nora sebelum ini.

Rose yang membuat kenyataan balas terhadap kenyataan Nora itu mendakwa keputusan perceraian dibuat atas pertimbangan suaminya sendiri dan bukan atas d£sakan mereka.

Sebelum ini, Nora memaklumkan sudah pun membuat permohonan cerai terhadap Rushdi melalui perkongsian foto papan tanda Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat berserta kenyataan permohonan cerai dibuat bukan atas kerelaannya sendiri.

Sebaliknya, Nora mendakwa keputusan dibuat bagi menunaikan hajat isteri pertama dan d£sakan anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: