"Asalnya, tak boleh terima juga sebab tiga bulan itu tempoh lama. Tapi, apabila dia beritahu awal, saya dapat tempoh untuk kawal em0si dan bermuhasabah diri. Saya faham Allah pilih dia untuk ke sana dengan cara itu.
"Kalau saya sebagai isteri tak sokong dia, macam mana perjalanan dia nanti kan? Jadi, saya sokong dia dan serah segalanya kepada Allah. Semoga perjalanan dia dipermudahkan dan dia dapat capai kejayaan dan impian dia."
Itulah kata pelakon Amyra Rosli dimana dia mengakui pada mulanya sukar menerima hakikat suaminya, pelakon Amar Baharin akan meninggalkannya selama tiga bulan untuk menunaikan impian berkayuh ke Makkah.
Namun, Amyra reda dan merestui perjalanan besar suaminya itu atas sokongan dan kepercayaan penuh kepada takdir, meskipun tidak menafikan hatinya tetap dilanda kebimbangan dengan pemergian Amar untuk tempoh yang lama.
Amyra bagaimanapun percaya pada kebijaksanaan dan langkah keselamatan diambil suaminya, lebih-lebih lagi kerana Amar tidak bersendirian dalam perjalanan ini.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Amyra berkata, untuk memastikan komunikasi antara mereka tetap berjalan, dia meminta suaminya itu supaya sentiasa mengemas kini keadaannya sepanjang perjalanan selagi berpeluang.
"Saya cakap kepada dia, setiap hari selagi boleh 'update' dan tak mengg@nggu dia, tolong maklumkan," katanya yang merasakan anak-anak mereka belum sepenuhnya memahami ketiadaan Amar untuk tempoh panjang, biarpun mereka masih kecil, namun dia yakin keadaan itu akan lebih dirasai apabila Amar sudah tiba di destinasi impiannya.
"Anak-anak mungkin belum rasa apa-apa lagi sekarang. Mungkin kalau dia dah sampai ke sana, saya pun pergi ke sana menaiki pesawat. Tapi, kita hanya merancang," ujarnya.
Di sebalik perancangan besar Amar, Amyra tetap menumpukan persiapan Aidilfitri mereka sekeluarga kerana mahu memastikan anak-anak mereka menikmati kemeriahan Syawal seperti biasa.
"Ada beberapa pasang baju raya disediakan. Anak-anak pun dah mula pandai nak pilih baju raya. Rasa seronok apabila mereka dah pandai melaram," katanya.
Bagi jadual perayaan, Amyra memaklumkan, dia dan Amar akan meraikan hari raya pertama di Kuala Lumpur, sebelum membawa anak-anak bercuti ke Terengganu untuk beberapa hari.
Tambahnya, lawatan ini bukan sahaja untuk berehat, tetapi bagi menziarahi keluarga sebelah bapanya yang menetap di sana.
"Hari pertama di Kuala Lumpur, kemudian saya ke Terengganu untuk jalan-jalan dan bercuti dalam beberapa hari. Di Terengganu, ada adik beradik ayah dan kami suka juadah Aidilfitri di sana.
"Antaranya, nasi lemak sambal ikan. Memang sedap. Saya suka meneroka mencari juadah dari banyak tempat," jelasnya yang juga berkata, anak-anaknya, Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi teruja dengan perancangan percutian itu kerana mereka seronok dapat berjalan-jalan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment