24 April 2025

30 JUN DEPAN SEBAGAI LAPORAN JKP - BEEGO MINTA LINDA HASHIM KEMUKAKAN BUKTI KEGAN4SAN, AKUI ANAK SULUNGNYA ADA KECIL HATI SIKIT



"Itu semua pers£psi orang. Saya tak nak komen lebih-lebih. Kalau ada gambar keluarkan. Saya tak cab@r, tapi saya tahu tak ada. Saya tak ada muat naik apa-apa foto.

"Bagi saya, kalau mahu selesaikan secara baik, saya rasa tak perlu prov0kasi persepsi masyarakat. Kalau mahu main pers£psi, saya juga boleh. Sampai hari ini saya tak muat naik apa-apa foto yang boleh menc£mar atau menga1bkan Linda.

Demikian ujar pelakon Beego, 45, dimana dia meminta isterinya, pelakon Linda Hashim untuk kemukakan bukti dakwaan dia melakukan kegan@san terhadapnya sepanjang mereka berumah tangga.

Kata Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aserul Nizam Abdullah, dia tidak mencab@r, namun dia tahu bahawa tiada bukti tersebut serta dia tidak perlu menggunakan persepsi orang ramai untuk meraih simpati.

Pertanyaan ini terc£tus apabila pihak media bertanyakan tindakan Linda yang memuat naik gambar-gambar keadaan tangannya yang leb@m dari babak drama yang dibintanginya di media sosial dan Linda tidak menafikan ia seakan bayangan situasi dialaminya ketika bersama Beego.

"Saya pun leb@m kerana menjalani penggambaran juga. Sekarang dia mainkan persepsi. Saya tak nak komen lebih-lebih. Kalau ada gambar betul keluarkanlah," ulasnya.

Sementara itu, Beego berkata, dia kekal dengan keputusan enggan menceraikan isterinya dan sayangkan rumah tangga mereka, namun tidak diberi ruang dan peluang oleh Linda untuk berbincang.

"Saya tiada ruang berbincang. Saya masih lagi di rumah kel@min. Dia sudah keluar rumah sejak enam bulan lalu. Namun, saya tak sal@hkan Linda.

"Kahwin pun 11 tahun. Kalau nak selamatkan rumah tangga setakat setahun apalah sangat. Sebelum itu, saya ada pujuk tapi selepas naik mahkamah sampai sekarang saya tak diberi ruang untuk jumpa dia.

"Maksudnya dia cuba elakkan. Kali akhir jumpa sebelum ini (di mahkamah). Saya nak berhubung sebagai suami. Saya suami yang sah lagi tapi tak diberi ruang. Dia cuba elak dan pada masa sama t£gas dengan keputusan untuk berpisah," jelasnya.

Dalam prosiding semalam, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh pembentangan laporan JKP (Jawatankuasa Pendamai) daripada kedua belah pihak bagi k£s tuntutan perceraian Linda terhadap Beego.

Sementara itu, peguam, Akmal Amzan yang mewakili Beego berkata, pihaknya memahami proses undang-undang dalam k£s yang sedang dilalui.

"Kita pun tak mend£sak tapi kita cuba yang terbaik. Nak dikatakan tak dapat ruang itu, macam itulah. Kita faham hubungan itu cuba dijarakkan. Jadi itu yang tiada hubungan. Laporan JKP akan diserahkan pada 30 Jun nanti, jam 11 pagi," katanya.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Beego memaklumkan, anak sulungnya iaitu Jelita Clarissa, 11, mungkin sudah mengetahui hubungan ibu bapanya kini sedang bermas@lah.

Menurutnya lagi, seperti dikatakan isterinya, Linda Hashim, Jelita semakin dewasa dan tahu apa yang berlaku di sekeliling.

"Kalau ditanya berkenaan anak kedua dan ketiga (Anggun Cassandra, 10; dan Indah Camelia, 6) mereka tak tahu apa-apa pun.

"Kalau cakap yang sulung saja tapi yang kedua dan ketiga tak diselamatkan pun tak boleh juga. Saya nak selamatkan rumah tangga supaya kita boleh neutralkan semula.

"Sebab anak pertama dia dekat sikit dengan emaknya. Mungkin kawan-kawan sekolah pun ada bagi maklumat sebab orang tahu dia anak siapa.

"Mungkin dia lebih berat ke arah ibunya," ujar Beego yang memberitahu, dia juga baru saja selesai meluangkan masa bersama anak kedua dan ketiga dua hari lalu.

"Mereka kata kalau boleh nak mummy dan daddy ambil mereka di sekolah. Yang ini siapa nak dengar?

"Anak-anak saya perempuan, baiklah diuruskan oleh Linda. Sebagai bapa pun saya ada bat@s. Pada umur tertentu saya tak boleh mandikan mereka lagi. Mereka dah anak gadis," tuturnya.

Disamping itu, mengulas dakwaan Linda yang mengatakan suaminya tidak berusaha meraikan sambutan ulang tahun Jelita semalam, Beego mengakui ada sedikit mas@lah antara mereka.

"Jelita cuba elak saya sebab dia macam kecil hati sikit dengan saya. Manakala Indah saya bawa dia untuk sambut hari jadi dia, tapi hari itu saya ke Johor.

"Kemudian saya balik ambil anak-anak dengan saya sebab esoknya sekolah. Jadi belum ada masa. Kalau boleh saya nak bawa dua-dua sebab hari jadi Indah pada 8 April, manakala Jelita 22 April.

"Jangan gunakan itu untuk men£ntang saya sebab saya tak diberi peluang. Kalau semua benda nak men£ntang saya, lebih baik cerita dengan satu dunia," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: