Tidak mahu bercinta terlalu lama, penyanyi Sufian Suhaimi, 33, mengakui sudah bersedia 99 peratus untuk melangsungkan pernikahan tahun ini bersama kekasihnya, Rania Al Sadat.
"Setiap tahun kami merancang dan setiap tahun kami berkata 'tahun ini'. Saya rasa tahun ini adalah tahun yang tepat untuk melaksanakan sesuatu yang benar.
"Tiada siapa yang benar-benar 100 peratus bersedia untuk bergerak ke fasa yang lebih s£rius. Namun, pada akhirnya, ia bergantung kepada niat kita untuk menamatkan zaman bujang," katanya.
Dalam pada itu, Sufian berkata, buat masa ini, dia dan kekasihnya itu terikat dengan komitmen masing-masing, namun apa yang paling penting adalah persefahaman di antara mereka.
"Kini, proses untuk mengadakan majlis perkahwinan lebih mudah dengan adanya perancang perkahwinan dan pelbagai kemudahan lain.
"Saya rasa jika segala perancangan sudah disusun dengan baik, majlis berkenaan boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat," jelasnya.
Ujarnya lagi, perkahwinan itu lebih kepada melunaskan tuntutan agama iaitu kewajipan berkahwin dan bukan hanya keseronokan semata-mata.
"Selain hasil kerja dan peribadi yang baik, peminat juga akan minat dengan apa yang kita lakukan. Pada akhirnya, jika kita ikhlas bekerja dan tidak mengani@yai sesiapa.
"Rezeki itu datang daripada Allah. Kita hanya perlu berusaha memberikan yang terbaik. Saya pasti akan berkongsi berita gembira ini dengan media di Malaysia bila tiba masanya.
"Mereka banyak menyokong saya sejak sembilan tahun lalu hingga hari ini," tuturnya yang turut berkata, peminatnya pasti akan lebih terbuka mendengar khabar gembira mengenai perkahwinannya.
Disamping itu, Sufian turut menyifatkan peluang kedua dalam hubungan ini mengajar dia bahawa tiada yang sempurna dan segala yang berlaku sudah ditentukan Tuhan.
Terdahulu, Sufian pernah berpisah dengan Rania pada April tahun lalu dan memulangkan kembali cincin risik. Namun, ikatan kasih kedua-duanya bertaut kembali pada Januari lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment