30 April 2025

"KALAU ADA YANG KURANG SELESA (KEMUNCULAN BERSAMA FATTAH AMIN), SAYA MOHON MAAF" - AMIRA OTHMAN



"Setiap orang ada pendapat mereka yang tersendiri. Jadi, apabila saya kerap bersama dengan Fattah untuk beberapa penampilan, mungkin ada yang kurang selesa. Ada juga yang gembira untuk mendengar dan melihat.

"Saya tak mampu nak memuaskan hati semua pihak. Cuma kalau ada komen yang memberikan kebaikan, saya menerimanya dengan hati terbuka.

"Tapi kalau komen itu hanya untuk membuatkan saya terk£san, saya tidak akan ambil peduli kerana saya percaya peminat ini, sebaik mereka memilih untuk menjadi peminat, mereka akan terus menyokong saat susah dan senang."

Demikian tutur pelakon dan penyanyi, Amira Othman dimana dia menyedari mungkin ada pihak yang kurang senang melihat kemunculannya bersama pelakon Fattah Amin dan berhubung itu dia memohon maaf.

Klik untuk gambar besar



Sedar tidak mampu memuaskan hati semua pihak, Amira bagaimanapun berkata, dia menghormati pandangan yang diberikan orang ramai, selain dia akan cuba menjaga baik namanya serta keluarga.

"Saya sangat menghargai peminat yang sentiasa ada saat susah dan senang. Kalau ada yang kurang selesa, saya mohon maaf, tapi saya akan sedaya upaya menjaga reputasi nama saya dengan baik kerana saya tidak membawa nama saya seorang.

"Saya sedar ada yang kurang senang, tapi saya akan cuba menjaga bat@s diri dan kalau ada sal@h sil@p, saya memohon maaf," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: