30 April 2025

BILA MR E BERI 'HINT' : "SELALUNYA BENDA YANG BAIK INI (KE ARAH FASA PERKAHWINAN), KITA NAK CEPATLAH... CUMA TAK TAHU TAHUN INI ATAU TAHUN DEPAN?"



Semua sedia maklum mengenai hubungan yang terjalin antara pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 51, dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau Mr. E, 44, yang menjadi perhatian ramai dimana rata-ratanya berharap agar hubungan mereka berakhir di pelamin.

Namun baru-baru ini, Ezwan seolah memberi 'hint' berhubung 'pengakhiran istimewa' yang menjadi impiannya untuk bersama Primadona Filem Melayu itu.

Bagaimanapun, Ezwan memberitahu, dia dan Erra yang masih dalam proses berkenalan lebih rapat bagi mencari keserasian, tidak pasti lagi sama ada naik pelamin pada tahun ini atau tahun hadapan.

Selain itu, jelas Ezwan lagi, dia dan Erra ketika ini selesa menjalani hubungan 'rapat' antara mereka secara matang.

Klik untuk gambar besar

"Selalunya benda yang baik ini (ke arah fasa perkahwinan), kita nak cepatlah. Kalau benda baik (berkahwin) betullah, cuma tak tahu tahun ini atau tahun depan?

"Saya rasa saya dan Erra, kita kongsi 'vision' serta 'mision' yang sama untuk kehidupan di peringkat umur ini. Maksudnya, kehidupan selepas itu yang macam mana, awak nak kejar apa?

"Jadi, kita ada satu matlamat yang sama. Rasanya nak menuju pengakhiran yang baik (berkahwin), seimbang dunia dan akhirat, termasuk kita juga nak menyumbang lebih kepada komuniti sebab kita pun berniaga.

"Kiranya kita berdua ini berkongsi misi yang sama, visi yang samalah," ujar Ezwan ketika diasak mengenai kenyataannya itu sebagai 'hint' awal untuk melangkah ke fasa perkahwinan.
Sementara itu, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek pula berkata, dia bersama Ezwan menjalani perhubungan baik dan rapat mereka tanpa memberi tek@nan di antara satu sama lain.

"Kami memang ada berbincang mengenai hubungan ini (arah tuju), tapi ia bukan satu tek@nan. Kami tidak beri tek@nan di antara satu sama lain. 'Go with the flow', tapi dengan matlamat berbeza.

"Cuma, kalau misal kata berkawan tapi terapung saja (hubungan), itu pun sangsi juga. Eh, kosong-kosong saja nak berkawan sampai bila? Nantikan," tutur bekas Ratu Cantik Malaysia ini.
Dalam pada itu, Erra juga memohon doa yang baik buat hubungannya bersama Ezwan kerana jika semua berjalan lancar, mereka mengharapkan fasa perkahwinan itu berlaku secepat mungkin, tapi setakat ini tidak diketahui bila?

Sebelum ini, media melaporkan Ezwan mengakui hubungannya dengan Erra mula terjalin sejak Ogos tahun lalu dan semakin s£rius.

Pada Januari lalu pula, kec0h di media sosial apabila Erra dikatakan dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis, dipercayai ditujukan kepada seseorang.

Selepas itu, Erra dilihat semakin terbuka dengan hubungannya, selepas muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan di platform media sosial dan sesi 'live' itu mengundang reaksi p0sitif netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: