30 April 2025

PILIH TIDAK TERUSKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG MUDA - NONISWARA DEDAH ANAK-ANAK GALAKKAN DIRINYA KAHWIN



"Tapi, sejauh mana 'muda' itu? Bukanlah muda sangat, cukuplah sedikit lebih muda daripada saya. Baru-baru ini, saya ada berkawan dengan orang muda juga.
"Adalah kenal-kenal begitu saja, tapi bila saya fikir balik, macam tak sesuai. T@kut nanti orang kutvk pula, kan?"

Itulah kata pelakon Datin Seri Noniswara Baharudin, 56, dimana dia mendedahkan pernah berkenalan rapat dengan seorang lelaki berusia 10 tahun lebih muda daripadanya baru-baru ini, namun memilih untuk tidak meneruskan hubungan itu demi menjaga hati anak-anak.

Jelas Noniswara lagi, selepas memikirkan pandangan orang sekeliling dan nasihat anak-anaknya, dia mengambil keputusan untuk mengundur diri meskipun hubungan itu hanya sekadar kawan saja.

"Anak lelaki saya sendiri tak nak sebab dia kenal lelaki itu. Beza umur kami lebih kurang 10 tahun. Jadi, kami kekal berkawan saja.

"Lelaki itu memang s£rius nak cuba, dia sangat berusaha nak ambil hati saya. Dia memang suka, tapi saya kena dengar cakap anak-anak saya juga," ujarnya yang juga ibu kepada pelakon Erysha Emyra itu.

Dalam pada itu, Noniswara turut berkongsi pandangannya mengenai perbezaan pasangan muda dan tua, dimana ulasnya, orang muda lebih mudah dibimbing berbanding yang lebih berusia.

Berkongsi pandangan mengenai perbezaan pasangan muda dan tua, Noniswara berkata, orang muda lebih mudah dibimbing berbanding yang lebih berusia.

"Sebenarnya, orang muda ini lebih senang untuk kita bimbing. Kalau dengan orang yang sudah tua, mereka biasanya lebih keras k£pala.

"Dah macam buluh, dah k£ras. Tapi kalau orang muda ini, masih ibarat rebung, kita boleh lentur dan bentuk lagi.

"Kalau orang tua, kadang-kadang ada d£gilnya. Arwah suami saya dulu pun begitu, tapi banyak juga perkara saya ikutkan kehendaknya," tuturnya.

Selain itu, dedah Noniswara lagi, anak-anaknya sering memberi galakan untuk dia berkahwin semula, asalkan mengenalkan dulu calon pilihan kepada mereka.

"Anak-anak saya sebenarnya selalu suruh saya kahwin. Mereka kata, 'Kalau Mummy jumpa seseorang, kahwin saja, tak apa. Tapi, kenalkan kepada kami'," kata Noniswara yang memilih untuk bersabar dan tidak terburu-buru.

Untuk makluman, Noniswara pernah berkahwin dengan Zakaria Rahman dan dikurniakan tiga anak.

Selepas bercerai, dia berkahwin buat kali kedua dengan Datuk Rosman Ridzwan pada 2009, namun mereka bercerai secara taklik pada 2013.

Pada 2015, dia berkahwin buat kali ketiga dengan Datuk Seri Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dan menjadi isteri kedua suaminya.

Sheikh Nordin yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Pahang itu kemudiannya meninggal dunia pada 30 September 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: