05 April 2025

BILA FARID KAMIL TAK RASA DIA & BEKAS ISTERINYA, DIANA DANIELLE BOLEH BERSAHABAT



"Dengan situasi hari ini saya tidak rasa kami boleh bersahabat. Saya tidak kira pun mengenai perkara itu, jadi saya tidak nampak pun perkara itu di masa hadapan. Cuma apa yang kira, adalah nasib anak-anak sahaja.

"Cuma saya faham, anak-anak kadang-kadang boleh menjadi punca bertel@gah. Andai saya minta bertemu anak, tapi mereka sudah ada perancangan. Saya akan biasakan untuk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi."

Itulah ujar pelakon Farid Kamil dimana dia merasakan dirinya dan bekas isteri, pelakon Diana Danielle tidak mungkin boleh bersahabat seperti pasangan lain yang sudah berpisah.

Farid yang sah bercerai dengan Diana pada 24 Mac lalu, bagaimanapun berkata, dia tidak tahu di masa akan datang dan tidak mahu bersengk£ta serta mengelak daripada bertel@gah, lebih-lebih lagi dalam urusan melibatkan anak-anak.

Klik untuk gambar besar

Ulasnya lagi, dia tidak mahu anak-anak merasakan seperti tiada 'father figure', selain memberitahu, ketika usia bekas isterinya masih kecil, dia juga membesar tanpa kehadiran seorang bapa.

"Saya tidak mahu anak-anak berasa ditinggalkan atau tiada 'father figure'. Seperti Dee yang tiada bapa semasa umurnya tujuh tahun. Jika tidak, mereka akan hidup dalam keadaan itu untuk masa yang lama," tuturnya.

Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 24 Mac lalu selepas hampir 13 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 12 dan Nur Aurora, 10.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: