Pelakon Ben Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 25, mengakui, keputusan berpindah dan menetap di Pulau Siargao, Filipina sejak sebulan lalu itu turut mengejutkan keluarganya.
Ben yang berkongsi perkara itu menerusi video di saluran YouTube miliknya, turut berkata, dia juga menjual semua harta miliknya kecuali sebuah kereta untuk dia memulakan hidup baru di pulau itu.
Jelasnya lagi, dia memilih keputusan berpindah itu kerana enggan statik di tempat sama dan ingin mencari ketenangan hidup selepas sibuk dengan karier lakonan sebelum ini.
"Keputusan yang berani dan keluarga pun terkejut. Saya sudah berlakon selama 15 tahun dan rasa buat perkara sama, tiada perkembangan. Cukuplah kehidupan di bandar. Saya jual semua kecuali kereta dan berpindah ke sini (Siargao)," tuturnya.
Ulas Ben, Siargao berjaya membuatkan dia jatuh cinta terhadapnya selepas pertama kali menjejakkan kaki ke pulau itu pada hujung 2023, kemudian dia kembali pada tahun seterusnya sebelum n£kad untuk menetap di sana secara kekal.
"Saya mula melawat Siargao pada hujung 2023 dan masa itu sekadar angan-angan nak pindah. Bila sampai semula pada hujung 2024 ada sesuatu yang berubah. Pulau ini bagaikan memanggil saya.
"Sus@h nak cakap bagaimana. Ketika itu saya buat keputusan untuk pindah sini," katanya yang turut menyifatkan keputusan itu ibarat satu 'sump@han Siargao' kerana ramai individu yang datang ke pulau berkenaan akhirnya memilih terus menetap di sana.
"Apabila bersembang dengan ramai orang, mereka semua cakap perkara sama. Ia bagaikan sump@han Siargao," ujarnya yang juga memaklumkan, dia kini sedang membina rumah sendiri di sana dan turut memulakan projek tanaman untuk menambah sumber pendapatan di kawasan itu.
Akui Ben lagi, kehidupan di Siargao memberikan ketenangan yang tidak pernah dia rasakan ketika masih menetap di Kuala Lumpur, terutama dalam kesibukan rutin harian yang penuh dengan tekanan.
"Di sini hidup saya lebih tenang dan tidak lagi tert£kan dengan rutin mengejar masa seperti ketika tinggal di Kuala Lumpur," jelas pelakon filem 'Rebel' itu.
Tambahnya, berpindah ke Siargao bukan hanya soal mencari ketenangan, tetapi juga sebagai usaha untuk mencipta kehidupan yang lebih seimbang dan damai, selain turut menafikan keputusannya berpindah ke pulau itu kerana sudah tidak mendapat tawaran berlakon.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment