23 April 2025

NOR HIDAYAH DAKWA SUAMI DAH BANYAK KALI LAFAZ CERAI - EDIKA YUSOF TAK BERHASRAT FAILKAN NUSYUZ



"Memang saya buat permohonan cerai ini, tapi sebenarnya ia bukan permohonan kali pertama. Sebelum ini, saya pernah datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz cerai yang sudah banyak kali dibuatnya.
"Tapi, dia (Edika Yusof) pula menafikan semuanya dan turut mengangkat sumpah lakn@t pada Januari lalu. Jadi, saya teruskan juga dengan memfailkan permohonan cerai kepadanya.

"Sebelum ini, saya juga sudah buat pengesahan lafaz cerai kami pada Disember tahun lalu dan pada Januari lalu. Saya ke mahkamah dengan Edika, tapi dia menafikan semua itu."

Itulah dakwa Nor Hidayah Yusri, 47, dimana suaminya, Edika Yusof, 58, sudah banyak kali melafazkan cerai terhadapnya, namun ia dinafikan pelakon itu.

Selepas bertahan terlalu lama dengan tindakan menga1bkan suaminya itu, Nor Hidayah berkata, dia akhirnya ada kekuatan untuk membuat keputusan memfailkan permohonan cerai pada Februari lalu.

Dalam pada itu, Nor Hidayah menjelaskan, dia tiada mas@lah untuk mengekalkan hubungan baik dengan Edika selepas berlaku perceraian nanti kerana mereka mempunyai anak-anak.

"Mas@lah dalam rumah tangga kami memang anak-anak tahu semua yang terjadi. Tapi, minta maaf saya tidak boleh cakap mengenainya lebih-lebih dan terpulang kepada Edika apa yang dia nak cakap.

"Cuma, saya tiada mas@lah untuk kami terus berhubungan baik (selepas cerai) sebab saya sudah mohon dan ajak Edika untuk selesaikan cara elok sebelum ini supaya orang tidak tahu. Tapi, dia yang mahu panjangkan," ujarnya.

Disamping itu, anak sulung pasangan ini iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21, berkata, tindakan perceraian adalah jalan terbaik buat ibu bapanya.

"Selagi saya masih hidup, saya boleh jaga dia (ibu). Tiada apa yang boleh saya cakap, tapi saya rasa ini jalan terbaik buat ibu dan ayah saya.

"Mereka juga akan kurang tek@nan selepas ini dan saya pun sudah terbiasa sejak dari kecil buat benda ini (menjaga ibu) dan untuk saya, ia tiada beza," tuturnya yang hadir menemani ibunya di mahkamah.

Sementara itu, Edika memaklumkan, dia yang sebelum ini mendedahkan isterinya keluar dari kediaman mereka untuk tinggal berasingan walaupun dia tidak membenarkannya, tidak berhasrat memfailkan nusyuz terhadap ibu anak-anaknya itu.

"Pada mulanya, saya memang tidak membenarkan isteri saya keluar dari rumah dan kita seterusnya tinggal berasingan. Namun, dia tetap berkeras. Tak apalah demi kebaikan dan kegembiraannya.

"Sudah masuk kira-kira tiga atau empat bulan lebih, isteri saya keluar rumah dan menyewa di kondominumm lain bersama anak lelaki sulung kami yang bersama dengannya dan menjaga dia.

"Tak dinafikan ketika isteri nak keluar dari rumah dan tanpa keizinan saya itu dia boleh dikatakan nusyuz sebab kita masih boleh berbincang, tapi dia tetap tidak mahu," katanya yang terpaksa akur dengan tindakan isterinya itu.

Tuturnya lagi, dia turut berharap apabila mereka sudah tinggal berasingan, maka isterinya itu dapat bermuhasabah diri dan paling tidak pun mereka boleh menghadiri sesi kaunseling.

"Isteri saya tetap berkeras dengan keputusannya dan saya harap bila dia keluar dari rumah mungkin dapat muhasabah diri. Begitu juga dengan saya pun boleh muhasabah diri dan mungkin berjumpa semula untuk berbincang.

"Namun, isteri saya sudah n£kad untuk bercerai dan saya tidak boleh buat apa-apa. Saya pun tak failkan nusyuz sebab tidak mahu panjangkan cerita. Kita sesama Islam dan sudah pun hidup bersama selama 22 tahun.

"Harapan saya kini adalah agar kita boleh berkawan dan berbaik-baik sama seperti dulu demi anak-anak yang masing-masing pun sudah besar dan boleh mengurus diri," ujarnya.

Difahamkan, Nor Hidayah kini tinggal bersama anak sulung mereka, Fardeen Nasrulhaq, 21, manakala anak perempuan, Fereena Nurulhaq, 20, memilih menetap dengan Edika.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: