"Ada perkara yang berlaku kepada saya, tapi saya cuba diam. Namun, perkara itu sudah dimanipulasi dan jadi terbalik," kata pelakon Linda Hashim, 41, sebaik selesai menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Dedah Linda, punca sebenar tindakannya meninggalkan rumah kel@min yang didiami bersama suaminya, pelakon Beego, 45, sejak Oktober lalu disebabkan kegan@san rumah tangga dan beberapa faktor lain yang meluk@kan hatinya.
Kongsi ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, kejadian pertama kali berlaku pada 2016 dan terakhir pada hari di mana dia keluar rumah enam bulan lalu.
Berhubung perkara tersebut, dedah Linda, dia sudah membuat empat laporan polis dan ada tiga laporan perubatan mengenai keced£raan dialami berhubung k£s kegan@san rumah tangga, sepanjang tempoh 11 tahun berkahwin.
"Saya mempunyai bukti yang memaparkan k£san kegan@san dilakukan Beego terhadap saya, namun saya memilih untuk tidak menjaja perkara itu. Peguam saya pun dah tengok semua bukti-bukti ini.
"Apa yang berlaku memberi k£san terhadap ment@l saya dan anak-anak. Bukti itu ada, dia (Beego) nak ke? Sebenarnya bukan k£s kegan@san yang ingin saya tekankan.
"Tak mengapa, kita faham," ujarnya yang turut mendedahkan ada lagi perkara-perkara lain yang mengg@nggunya serta anak-anak, selain bukti terbabit.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Linda berkata, dia telah memberi am@ran kepada Beego agar tidak memulakan sebarang prov0kasi sekiranya tidak mahu lebih banyak rahsianya dibongkarkan kerana dia cuba bertahan selagi termampu.
"Tapi kalau misalnya Beego mencungkil (mulakan prov0kasi), saya tidak teragak-agak untuk dedahkan semua. Saya dengar macam-macam daripada pihak sana yang meman1pulasi atau 'play vict1m' (berlakon menjadi m@ngsa).
"Kalau ada hari saya dengar lagi semua ini, saya akan dedahkan semuanya sebab sudah bertahun saya memendam," ulasnya.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin, memaklumkan sudah mendengar segala keterangan anak guamnya dan memahami permintaannya untuk bercerai.
Menurut Fadzilah, mahkamah telah menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh pembentangan laporan JKP.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment