03 April 2025

AISYAH AZIZ DIKHABARKAN BAKAL NIKAH SEORANG SEORANG DOKTOR BULAN INI?



"Majlis perkahwinan Aisyah sudah semakin dekat. Majlis terbabit bakal diadakan secara sederhana dan tertutup.
"Saya juga dimaklumkan bakal suami Aisyah adalah seorang doktor. Jika benar, saya doakan kebahagiaan mereka."

Demikian kata sumber dimana dia mendakwa, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aisyah Aziz dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bulan ini.

Tambah sumber itu lagi, adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ini bakal mengadakan majlis pernikahan dan persandingan di Singapura secara tertutup.

Difahamkan, jejaka yang berjaya menambat hati bekas bintang Akademi Fantasia 2013 (AF2013) itu dikatakan abang kepada seorang pendakwah selebriti yang juga suami kepada pengacara terkenal.

Sebelum ini, Aisyah mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga tahun ini, namun belum bersedia untuk mendedahkan lelaki yang sedang bertakhta di hatinya ketika ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: