Takziah diucapkan kepada Kiah Pr0pa atas pemergian suaminya, Mohamad Nazri Ismail, 58, yang meninggal dunia di Institut Kans£r Negara (IKN), Putrajaya, pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsikan Kiah atau nama sebenarnya, Siti Rokhaida Abdul Khalil di media sosial miliknya.
Menerusi video yang dikongsikan, dia dilihat cukup tenang dan reda dengan pemergian suaminya yang disahkan menghidap kans£r leher.
Klik untuk gambar besar
Maklum Kiah lagi, jenazah Allahyarham suaminya itu dibawa ke Masjid Annur Seri Pagi, Saujana Utama, Sungai Buloh dan dikebumikan selepas solat Zohor.
Terdahulu, menerusi satu hantaran lain, Kiah memberitahu, dia menyambut Syawal pertama di IKN, malah dia juga memberitahu Allahyarham mengalami mas@lah penafasan selain terdapat jangk1tan di dalam dar@h.
"Raya kami di IKN, dimaklumkan oksigen drop dan ada jangk1tan dalam dar@h," tuturnya yang sebelum ini dilaporkan bertindak melamar Nazri selepas Allahyarham didiagnos kans£r leher.
Kiah kembali berkahwin dengan Nazri pada November tahun lalu selepas simpati dengan kes@kitan yang ditanggung suaminya akib@t peny@kit itu.
Kiah dan Nazri berkahwin pada 2011, namun berpisah selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment