01 April 2025

"ALHAMDULILLAH DAH NAMPAK SEGAR & UMMI PUN SUDAH MULA BERCAKAP SEDIKIT SEDIKIT, BEGITU JUGA KEADAAN BABA..." - ANAK SULUNG MAKLUM ALI XPDC & ISTERI MASIH DALAM PEMANTAUAN DOKTOR



"Kalau keadaan ummi, Alhamdulillah dah nampak segar dan dia pun sudah mula bercakap sedikit sedikit. Begitu juga keadaan baba, Alhamdulillah paru-paru berair dah surut.
"Tapi, doktor masih fokuskan makan antibi0tik. Doakan semoga ummi dan baba dipermudahkan urusan hospital mereka untuk yang akan datang."

Demikian jelas anak sulung penyanyi Ali XPDC, 57, iaitu Wan Aliuddin Aqiel Mohd Ali atau Aqiel, 29, dimana dia memaklumkan ibu bapanya menunjukkan perubahan p0sitif, namun mohon didoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Difahamkan, keadaan kesihatan Ali dan isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, dimaklumkan stabil walaupun masih dalam pemantauan doktor.

Baru-baru ini, dimaklumkan jantung Ali mengalami b£ngkak akib@t paru-paru berair, manakala isterinya dikesan menghidap kans£r payud@ra.

Malah, Sharifah Azuwanna juga dijangka akan mula menjalani rawatan kem0terapi bagi kans£r payud@ra dihidapinya pada Rabu depan.

Sejak 24 Mac lalu, Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah, manakala isterinya pula dirawat di Hospital Putrajaya.

Sementara itu, mereka yang berhasrat memberikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Wan Aliuddin Aqiel Mohd Ali (162385058600).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: