"Walaupun dia berwajah kacak, saya tidak bimbang jika dia menjadi artis. Namun, saya yakin itu tidak akan berlaku kerana dia seorang yang 'intr0vert'.
Demikian kata pemp£ngaruh dan pelakon, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, dimana penampilan menarik 'b0dyguard' atau pengawal peribadinya telah meraih perhatian netizen hingga tular di media sosial.
Bukan saja meraih perhatian, malah turut mencur1 minat ramai pengarah yang menawarkan peluang berlakon kepada 'b0dyguard' Cik B.
Dalam pada itu, Cik B berkata, susulan populariti pengawal peribadinya yang dikenali sebagai Faris itu, ramai pengarah menghubunginya untuk mendapatkan nombor telefon lelaki itu.
Tambah anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu lagi, dia sudah menjangka pengawal peribadinya itu bakal tular di media sosial.
"Dia menjadi terkenal secara tidak sengaja apabila wajahnya muncul dalam video saya. Tanpa disangka, ia menjadi tular.
"Ramai netizen memberi komen meminta saya ke tepi sedikit, kerana mereka mahu melihat wajah Faris dengan lebih jelas," ujarnya yang turut berkongsi, pemilihan pengawal peribadinya itu dilakukan ibunya.
"Saya kerap keluar. Memandangkan ibu mempunyai ramai kaki tangan, dia memilih individu yang bukan saja berwajah menarik, tetapi juga mahir dalam seni pertahanan diri Muay Thai.
"Dia aktif menjalani latihan untuk pertandingan. Melihat kepada kelayakan dan ciri-cirinya yang sesuai, ibu saya mengambil keputusan untuk melantiknya sebagai pengawal peribadi saya.
"Dari segi kualiti kerja, saya memang anggap pengawal peribadi saya seorang yang cekap dan sangat bagus dalam menjalankan tugasnya," ulasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment