"Sebagai penyanyi, saya mahu tahu tahap kemampuan vokal sedia ada berbanding ketika sertai program AF kira-kira 18 tahun lalu.
"Saya juga pernah sertai uji bakat program realiti seperti One In A Million dan Gegar Vaganza tetapi tidak berjaya sebelum ini.
"Mungkin selepas masuk program X Factor Indonesia, baru orang akan pandang bakat saya dalam bidang nyanyian."
Demikian tutur penyanyi Idayu atau nama sebenarnya, Nur Farah Idayu Yaakob, 40, dimana dia merancang untuk mencuba nasib dalam program realiti X Factor Indonesia, hujung tahun ini, selepas gag@l menyertai program realiti TV tempatan.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) dan juga juara program AF Megastar pada 2017 itu berkata, dia tidak pernah patah semangat untuk menyertai pertandingan nyanyian selagi ada peluang.
Dalam pada itu, mengulas dakwaan netizen mengenai bakatnya yang dinafikan segelintir pihak, Idayu menganggap dirinya masih belum ada rezeki untuk sertai program realiti TV tempatan.
"Saya juga tengok komen netizen yang 'meng@muk' bila dapat tahu saya gag@l dalam uji bakat program realiti sebelum ini.
"Apa yang penting, netizen nampak dan terima bakat saya dalam bidang nyanyian," ujarnya yang dalam masa sama juga berkata, dia menyedari pertandingan nyanyian sekarang berbeza berbanding dulu.
"Memang saya kec£wa bila gag@l dalam uji bakat program realiti TV tapi percaya perlu usaha lebih lagi.
"Suami pun ada cakap tidak perlulah sertai pertandingan lagi tapi saya memang tidak pernah putus asa.
"Saya sedar mereka mungkin pilih kriteria yang dimahukan dan bukan tengok pada bakat. Inisiatif saya pula mungkin cuba ubah dari segi penampilan, lebih 'fit' dan sebagainya lagi," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment