15 May 2025

AL-FATIHAH - BEKAS SUAMI LIZA ABDULLAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 10.45 malam semalam, bekas suami kepada pelakon Liza Abdullah iaitu Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang menghidap pelbagai jenis peny@kit, antaranya k£ncing manis dan buah pinggang, dilaporkan meninggal dunia.

Jenazah Zolkefli telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Gombak, kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Dalam pada itu, Liza berkata, bekas suaminya sering keluar masuk hospital dan baru menghidap tir0id.

"Arwah menghidap pelbagai k0mplikasi peny@kit. Kakinya sudah dipot0ng akib@t k£ncing manis, manakala buah pinggangnya juga bermas@lah.

Klik untuk gambar besar

"Empat hari lalu, doktor mengesyaki arwah menghidap tir0id. Keadaan arwah memang lemah dan sering keluar masuk hospital.

"Sepanjang arwah s@kit, anak-anak bergilir-gilir menjaganya," jelas Liza yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir buat bekas suaminya serta berterima kasih kepada rakan-rakan artis yang juga sama datang menziarah.

"Alhamdulillah, rakan-rakan arwah dan beberapa rakan artis hadir menziarah. Tiga anak lelaki kami juga turut uruskan jenazah arwah hingga ke liang lahad," tuturnya.

Terdahulu, berita duka pemergian Zolkefli dikongsikan anak keduanya, Nurnaffiz Syahiddah menerusi media sosial, malam semalam.
"Salam, abah saya, Zolkefli Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.45 malam tadi (semalam).

"Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul jam 7.30 pagi dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih," tulis Nurnaffiz.

Untuk makluman, Liza bercerai dengan Zolkefli pada 2014 selepas 26 tahun berkongsi hidup.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zulhaffiz Zarriq, 36; Nurnaffiz Syahiddah, 32; Zulsyahmi Naqib, 23, dan Zulsyahmi Afif, 21.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: