"Alhamdulillah, selepas tujuh tahun mengenali antara satu sama lain dan melalui pelbagai jatuh bangun sepanjang percintaan, akhirnya jodoh kami kuat.
"Sebelum ini saya pernah bercakap soal perkahwinan, tapi kami selalu percaya kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Kami hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segalanya.
"Alhamdulillah, tahun ini kami sah bergelar suami isteri dan yang lebih bermakna, tarikh pernikahan kami jatuh sehari selepas ulang tahun kelahiran Akhyar."
Itulah ujar pelakon Eyka Farhana dimana dia menyifatkan perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, yang berlangsung di Ampang, di sini semalam sebagai bukti kesabaran dan kepercayaan mereka terhadap jodoh yang sudah ditetapkan.
Dalam pada itu, Eyka berkata, keistimewaan Akhyar dimatanya itu bukan sahaja menceriakan hari-harinya, tetapi juga menjadi sumber kekuatan.
"Sepanjang kami bersama, dia selalu buat saya ketawa. Tidak dinafikan wanita ini selalu 'overthinking' (terlebih berfikir), jadi dia selalu beri sokongan dan kegembiraan.
"Namun, apa yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Akhyar adalah dia tulang belakang untuk keluarganya. Bagi saya, cara nak lihat lelaki itu akan menjaga kita satu hari nanti adalah dengan melihat bagaimana dia menjaga keluarganya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Akhyar turut berkongsi mengenai keperibadian Eyka yang menjadi sebab utama dia jatuh cinta dengan isterinya itu.
"Saya jatuh cinta dengan keperibadiannya. Percakapannya penuh sopan santun dan dia pandai melayan keluarga dengan baik, termasuk saya yang kini sudah bergelar suaminya.
"Apa yang paling saya suka, dia pandai memasak. Minta saja apa-apa, dia akan sediakan. Antara air tangan dia yang saya suka adalah masakan kampung seperti ikan goreng, kacang buncis goreng, sambal belacan dan ketam masak lemak," tuturnya.
Kelmarin iaitu pada tarikh cantik 2.5.25, Eyka selamat bergelar isteri kepada Akhyar dengan hanya dengan sekali lafaz, sekitar jam 10.12 pagi, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse By The Lake Ampang, di sini.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Wan Sarmizi Wan Ibrahim di hadapan Jurunikah Pejabat Agama Islam Gombak, Jaslan Ali.
Dalam majlis tersebut, pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan, manakala Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerima mas kahwin sebanyak RM3,200.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment