"Sebenarnya ni pejabat Nilofa Plus, bahagian atas untuk melakukan siaran langsung (live) tapi sebahagian lagi tak digunakan. Jadi kita tukar pada bahagian untuk buat kelas."
Demikian jelas selebriti terkenal, Noor Neelofa dimana dia baru-baru ini ada memuat naik perkongsian, memaklumkan, ruang pejabat yang sebelum ini tidak digunakan itu kini telah dijadikan kelas ilmu.
Neelofa yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial, berkata, sebelum ini ruangan atas pejabat asalnya disediakan untuk sesi LIVE, namun ada bahagian lagi yang tidak digunakan.
Klik untuk gambar besar
"Terima kasih kepada suami kerana tidak jemu membebel dekat saya untuk buat kelas ilmu. Alhamdulillah semoga kita semua dapat manfaat," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment