27 July 2025

DOAKAN KEBAHAGIAAN BELLA ASTILLAH - ALIFF AZIZ BERSYUKUR ANAK-ANAK BERADA DALAM JAGAAN INDIVIDU YANG MENYAYANGI : "SAYA RINDU SANGAT, DOA DAPAT LIHAT MEREKA SEMULA..."



"Ayden dan Ara dikerumuni orang-orang yang sayang mereka, Insya-Allah. Itu yang pertama saya fikir. Siapa pun di sekeliling mereka, asalkan mereka disayangi dan dilayan dengan baik... Itu sudah memadai.

"Saya rindu sangat. Doa saya setiap hari adalah untuk dapat lihat mereka semula dan sampaikan segala yang saya simpan dalam hati. Daddy sentiasa ingat dan mendoakan Ayden dan Ara... I love you so much and I miss you."

Demikian luah penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 34, dimana dia bersyukur kerana anak-anaknya, Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, berada dalam jagaan individu yang menyayangi mereka.

Sebagai bapa, Aliff berkata, dia melihat anak-anaknya itu kelihatan bahagia dan berhubung itu, dia menafikan timbul sebarang rasa c£mburu dalam dirinya.

Dalam pada itu, Aliff turut meluahkan kerinduan mendalam terhadap dua anaknya yang dikatakan terputus hubungan dengannya sejak 2024.

Klik untuk gambar besar

Ketika temu ramah dengan Berita Minggu (BM) Singapura, Aliff mengakui, dia masih belum berpeluang bertemu mahupun berhubung secara langsung dengan anak-anaknya, malah juga sering sukar menonton rakaman video mereka hingga habis kerana terlalu sebak.

Berhubung itu, Aliff berkata, walaupun jauh, dia mengikuti perkembangan anak-anak terutama apabila tiba bulan kelahiran mereka, iaitu 8 Julai bagi Ayden dan 18 Julai bagi Ara.

Tuturnya, dia berharap suatu hari nanti takdir mempertemukan mereka semula agar dapat menjelaskan banyak perkara yang selama ini terpendam.

Dalam wawancara itu lagi, Aliff tidak berselindung mengenai rasa bersal@h kerana tidak dapat bersama Ayden dan Ara pada saat-saat penting membesar, selain juga bimbang bagaimana penerimaan anak-anaknya kelak, lebih-lebih lagi apabila persepsi masyarakat terhadap dirinya sering bercampur-baur.

Menurutnya, beliau kerap berdepan dil£ma, sama ada kekal berdiam diri bagi menjaga s£nsitiviti keluarga atau mengambil langkah undang-undang yang mungkin menambah ket£gangan.
T£gas Aliff, fokus hidupnya kini bukan lagi terhadap perkara-perkara luaran atau sens@si semasa, justeru dia memilih untuk menumpukan sepenuh tenaga terhadap proses pemulihan dan mengatur langkah untuk bangkit kembali.

Sementara itu, Aliff turut menyatakan dirinya gembira melihat bekas isteri, Bella Astillah terus melangkah ke hadapan dan menjalani kehidupan, selepas berpisah dengannya.

Aliff bagaimanapun bersikap terbuka ketika ditanya mengenai fenomena media sosial yang giat meraikan hubungan Bella dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang digelar BASS itu.

Bagi Aliff yang merupakan bekas juara musim Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini, dia reda dan mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya jika itu adalah kebahagiaan buat mereka.

Ujar Aliff lagi, apa yang telah berlaku dalam hidupnya dianggap sebagai perkara yang sudah berlalu dan kini dia lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada dirinya sendiri.
Disamping itu, Aliff turut menzahirkan penghargaan buat ibunya, Siti Hafiza Basharahil atau lebih dikenali sebagai Fiza Aziz, kerana tetap mempertah@nkannya meskipun keluarga mereka tidak terlepas daripada tumpuan umum.

Ulasnya, dia sedar keluarganya menanggung t£mpias daripada setiap isu yang melanda dirinya dan kerana itu, dia bertekad untuk bangkit dan menjadi insan yang boleh mereka banggakan semula.

Aliff juga menyentuh tek@nan yang lahir daripada nar@tif media dan tanggapan awam mengenai kehidupan peribadinya serta berkata, ada waktu dia berasa ters£kat langkah dan mahu bersuara untuk mempertah@nkan diri, namun memikirkan kesan terhadap anak-anak dan keluarga.

"Kadang-kadang saya nak cerita semuanya. Tapi bila fikirkan kesan terhadap anak-anak dan keluarga, saya jadi serba sal@h," luah Aliff yang berkahwin dengan Bella pada 2016, sebelum bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.

BM Singapura berusaha menghubungi Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabella Astillah, untuk mendapatkan komen mengenai kenyataan Aliff, tetapi tidak mendapat respons.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: