26 July 2025

"KAMI SUDAH BERBAIK & MASIH BERHUBUNG SEBAGAI SAHABAT... IBU JAY TETAP SAYANGKAN SAYA." - BEKAS ISTERI JAY ISWAZIR AKUI RAPAT DENGAN KELUARGA MENTUA



"Alhamdulillah, saya dan Jay tetap baik-baik saja walaupun kami pernah ada isu perceraian sebelum ini. Kami sudah berbaik dan masih berhubung sebagai sahabat. Saya juga rapat dengan keluarga mentua dan ibu Jay tetap sayangkan saya.
"Tapi, untuk saya dan Jay hidup bersama semula, mungkin tidaklah. Ini kerana, kami masing-masing suka dengan kehidupan sekarang dan saling menghormati. Saya pun sibuk dengan kerja tetap sebagai pramugari sejak lebih setahun lalu.

"Jadual penerbangan saya ada yang domestik (dalam negara) dan destinasi ke luar negara. Apapun, saya sangat bersyukur kini sudah ada kerja tetap dan pendapatan juga terjamin."

Itulah kata pelakon yang kini menjadi pramugari, Azzahra Ahmad dimana dia sangat gembira serta bersyukur hubungan dengan bekas suami, pelakon Jay Iswazir, 43, masih baik hingga kini, walaupun mereka sudah bercerai dan membawa haluan hidup masing-masing.

Kata Azzahra lagi, dia selesa berstatus solo buat masa sekarang, selain mengakui dia masih belum terbuka hati untuk berkahwin semula.

Untuk makluman, Azzahra sah bercerai dengan Jay pada November tahun lalu selepas dua tahun hidup bersama sebagai suami isteri sejak Mac 2022 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Selain itu, Azzahra memberitahu, kos sara hidup ketika ini agak tinggi serta termasuk perlu penuhi komitmen peribadi dan disebabkan itu, dia menyifatkan penting untuknya ada kerja tetap bagi menampung kehidupan.

Disamping itu, ditanya juga tawaran berlakon diterimanya, Azzahra berkata, masih ada lagi pihak produksi yang memanggilnya, namun ia bergantung pada kelapangan masa cuti agar tidak mengg@nggu tugas di awan biru.

"Saya masih lagi terima tawaran berlakon. Tapi, saya hanya ambil yang tidak memerlukan masa lama di lokasi seperti membintangi telefilem. Kiranya, itu kerja ketika saya cuti dari penerbangan.

"Berlakon tetap jadi minat saya. Oleh itu, saya akan terus berlakon secara sambilan mengikut tawaran. Kalau ada tawaran berlakon dengan watak sesuai dan kena pada masa, insyaAllah saya terima," jelasnya.

Antara drama pernah dibintangi Azzahra setakat ini seperti 'Akad Ibu Sejadah Rindu', 'Kan Cheong, Kampung Si Rabun, 'Operasi X' dan 'Terlarang Sudah Rinduku', termasuk filem Eva pada 2023 lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: