"Selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), macam-macam perkara berlaku. Selepas berkahwin dan dapat anak, saya sibuk besarkan anak dan baru sekarang nak buat 'comeback' dalam bidang nyanyian.
"Saya juga sudah sertai uji bakat GV dan Insya-Allah, saya akan terima tawaran itu jika ada rezeki untuk menyertai musim baharu GV pada tahun ini."
Demikian jelas penyanyi Idayu, 40, dimana dia menyifatkan program realiti TV popular, Gegar Vaganza (GV) adalah platform terbaik baginya untuk kembali menaikkan namanya dalam bidang seni tanah air.
Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob yang juga juara program Akademi Fantasia (AF) Megastar pada 2017 berkata, sebagai penyanyi dia perlu sentiasa menonjolkan diri termasuk dengan menyertai pertandingan nyanyian.
Dalam pada itu, Idayu turut menjawab pertanyaan kenapa dia mahu bertanding walaupun sudah bergelar guru vokal, dimana katanya, dia mahu memastikan sama ada dirinya masih relevan dalam industri seni tanah air atau sebaliknya.
"Saya memang suka memasuki pertandingan nyanyian dan mula masuk pertandingan pada usia 18 tahun dan sekarang sudah berusia 40 tahun.
"Saya juga mahu pastikan sama ada diri ini masih 'fit' atau tidak untuk menyertai pertandingan nyanyian serta masih relevan lagi dalam industri nyanyian?" ujarnya yang juga memberitahu, dia mendapat banyak sokongan dari rakan-rakan yang memintanya untuk menyertai program GV.
"Saya ada dengar macam-macam cab@ran dan halangan berkaitan GV dari pengalaman mereka yang pernah bertanding sebelum ini. Tapi saya tidak mahu fikir perkara yang neg@tif kerana percaya ia platform terbaik untuk saya kembali merancakkan bidang nyanyian," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment