26 July 2025

MAKIN KURUS - ANDI BERNADEE NAFI AMBIL BAH4N TERLAR4NG, SEBALIKNYA JAGA MAKAN



"Alhamdulillah, saya sihat dan okay sahaja. Jadi, semua peminat tidak perlulah berasa risau dengan penurunan berat badan ini. Saya tidak ambil Oz£mpic atau dad@h dan minta dijauhkan dari bah@n terlar@ng itu.

"Saya cuma makan dua kali sehari dalam kuantiti yang kecil. Saya juga tidak makan pada waktu malam dan hanya ambil buah-buahan."

Itulah jelas penyanyi dan pelakon Andi Bernadee, 35, yang tampil menafikan dia mengambil sebarang ubat atau bah@n terlar@ng untuk menurunkan berat badannya.

Kata Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, dia berjaya menurunkan berat badannya kerana menjaga pemakanan.

Klik untuk gambar besar

Ditanya penurunan berat badan itu lagi, Andi memberitahu, dia memutuskan untuk menjaga pemakanan selepas menerima teguran dari pihak pr0duksi sebelum ini.

"Saya menurunkan berat badan demi menjaga penampilan diri. Saya kurus juga untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain. Saya gemuk sampai dagu pun nampak berlapis ketika penggambaran pada tahun lalu," ujarnya.

Sementara itu, Andi turut berkongsi mengenai keced£raan kakinya, dimana dia terj@tuh dalam satu insid£n yang berlaku kira-kira dua bulan lalu.
"Saya sedang ada mas@lah dengan kaki selepas terj@tuh sebanyak tiga kali. Sejak insid£n itu, kaki saya memang sudah tidak kuat (lemah) seperti dulu.

"Sebab itu, saya mula berjinak-jinak dengan sukan 'pickleball' kerana mahu kuatkan semula kaki," tuturnya.

Terdahulu, perubahan fizikal Andi yang kurus mendapat perhatian netizen selepas dia berkongsi aktiviti sukan 'pickleball' bersama rakan-rakannya.

Namun, Andi tampil memberi penjelasan dia kurus kerana menjaga pemakanan menerusi perkongsian di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: