"Saya nak publisiti? Saya rasa A Aida dah cukup dikenali. Saya tak perlu publisiti. Mulut netizen saya dah biasa. Saya lama dalam bidang ini, jadi saya faham."
Itulah jelas penerbit, Datuk A Aida, 55, dimana dia tampil men£pis dakwaan segelintir pihak yang menuduh tindakannya membantu pelakon veteran, Dharma Harun Al Rashid hanya sekadar mahu meraih publisiti.
Berhubung itu, A Aida men£gaskan, niatnya ikhlas untuk membantu dan tidak mengharapkan perhatian netizen, apatah lagi meman1pulasi keadaan untuk kepentingan diri.
Malah, kata Aida lagi, dirinya sudah lama dikenali dalam industri, selain menyerahkan sepenuhnya kepada Allah dan memaafkan mana-mana individu yang melemp@rkan komen neg@tif hingga meluk@kan hati.
"Segala kata-kata baik yang diberikan, Alhamdulillah. Hanya Allah yang dapat membalas-Nya. Namun kepada mulut longk@ng yang meny@kitkan hati hingga buat kita tak tidur malam sebab sedih, menjawablah dengan Tuhan.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, mengulas mengenai pertolongan yang dihulurkan kepada Dharma, A Aida memberitahu, dia berhasrat menawarkan peluang berlakon secara konsisten selama setahun kepada pelakon itu.
Katanya, tawaran tersebut akan direalisasikan sekiranya lakonan Dharma dalam telefilem 'Kisah Cinta Kau & Aku' yang bakal menjalani penggambaran pada 15 Ogos ini memuaskan.
"Saya nak tengok dahulu kemampuan dia dalam telefilem ini. Kalau hasil lakonannya bagus, Insya-Allah saya akan pastikan setiap bulan dia ada kerja. Setahun saya akan bantu jaga dia.
"Semoga Allah mempermudahkan niat saya ini," tuturnya yang turut berkata, walaupun tawaran yang diberikan mungkin sekadar watak sampingan, namun ia tetap dapat membantu Dharma menampung keperluan bulanan termasuk bayaran sewa rumah.
"Kalau babak banyak, bayaran pun lebih. Untuk watak kecil pun paling tidak dia boleh dapat RM2,000 ke RM3,000. Saya memang ikhlas nak bantu," ujarnya.
Aida dalam masa sama turut mempertimbangkan untuk membuka peluang sama kepada anak Dharma iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Terdahulu, keadaan terkini Dharma mencur1 perhatian apabila tular video yang memaparkan fizikalnya kelihatan susut, sekali gus menc£tuskan kerisauan peminat terhadap tahap kesihatannya.
Akui pelakon filem 'Adik Manja' itu, dia mengalami tek@nan hidup sejak tiga tahun lalu selepas tidak menerima sebarang tawaran berlakon, hingga berat badannya menurun ke 45 kilogram.
Simpati dengan nasib yang menimpa Dharma, A Aida membuat kejutan dengan menawarkan sebuah telefilem bagi memberi keceriaan dan semangat baharu kepada pelakon itu meneruskan kehidupan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment