27 July 2025

WAJAH ANAK - MK K-CLIQUE AKHIRNYA DEDAH 'AYA RAYANA' SELEPAS HAMPIR SETAHUN



"MK K-Clique bawa anak atas pentas, sebelum memotong kek hari lahir ke-29."

Itulah kapsyen yang ditulis pada video yang memperlihatkan penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique membawa anak ke pentas ketika membuat persembahan di sebuah konsert di Putrajaya, baru-baru ini.

Akhirnya MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, berkongsi wajah anak perempuannya yang bernama Aya Rayana yang kini berusia 11 bulan, selepas hampir setahun.

Perkongsian video yang memaparkan penyanyi berusia 29 tahun ini membawa anaknya ke pentas telah menjadi tular di media sosial.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah Aya yang comel dan menganggap anak perempuan MK itu bertuah kerana mempunyai seorang bapa penyanyi rap.

Klik untuk gambar besar

"Dia tahu tak bapa dia tu MK."

"Behave sungguh, tak takut anak dia."

"Wah dia dah reveal anak dia," komen netizen.

Untuk makluman, MK mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun 2023 dan mereka dikurniakan anak bernama Aya Rayana pada Ogos tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: