"Ya Allah saya isteri keempat? Astagfirullahalazim. Saya tak tahu nak cakap apa, saya tak ada baca pun fasal g0sip ini. Saya pun tak tahu apa yang saya buat sampai setiap kali isu seperti ini (g0sip) keluar nama saya pula kena petik. Saya boleh gelak saja kot, sebab kelakar pun ada ya."
Demikian kata pelakon Daiyan Trisha, 32, dimana dia hanya mampu ketawa apabila mendapat tahu namanya 'dipetik' netizen menjadi isteri keempat kepada seorang lelaki bangsawan (VVIP) berstatus suami orang.
Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, yang tampil menafikan dakwaan itu enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung g0sip tersebut kerana menganggap ia merupakan satu bahan jenaka.
Berhubung kata-kata netizen, Daiyan berkata, dia tidak mahu mengambil pusing kerana sudah terbiasa menjadi bahan bualan ramai.
Klik untuk gambar besar
"Saya dah tak rasa apa-apa dah sebab macam kelakar. Em0si pertama yang saya rasa bila dengar nama saya dikaitkan dengan g0sip ini adalah kelakar.
"Kalau dulu saya t£pis semua g0sip-g0sip ini, penat-penat saya bekerja. Sekarang ini saya dah mal@s nak layan apa kata netizen," ujarnya.
Sebelum ini, sebuah p0rtal berita mendakwa seorang pelakon wanita popular berusia 31 tahun sudah bergelar isteri keempat kepada lelaki bangsawan berstatus suami orang.
Dakwa p0rtal tersebut, tarikh pernikahan pelakon berkenaan tidak dimaklumkan, namun dilaporkan pasangan itu sudah lama menjalin hubungan cinta sebelum berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.
Kenyataan itu sekali gus menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen dan ada yang memetik nama Daiyan kerana melihat kemewahan dimiliki pelakon drama 'W: Two Worlds' itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment