Ketika sedang bekerja di Kenanga Mall, anggota kumpulan Nico G, Dino atau nama sebenarnya Mohd Shah Rosli, 50, telah dis£rang str0ke dibahagian kanan badan, tiga minggu lalu.
"Tiba-tiba saya rasa kebas tangan dan selepas itu, saya j@tuh. Majikan saya segera kejarkan saya ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan mendapatkan rawatan.
"Doktor sahkan saluran dar@h saya tersumbat. Dua minggu saya berada di hospital untuk rawatan dan selepas itu dibenarkan keluar dan berehat di rumah.
"Doktor bekalkan ubat dar@h tinggi dan cair dar@h. Bagaimanapun saya belum pulih sepenuhnya kerana tangan kanan dan kaki kanan belum boleh digerakkan," jelasnya yang berkata, dia perlu berjumpa doktor lagi untuk rawatan susulan selepas ini.
"Memang agak terk£jut apabila saya kena str0ke sebab saya tiada k£ncing manis atau dar@h tinggi sebelum ini. Tapi keluarga saya, mak dan bapa ada s@kit itu.
"Saya tiada tanda-tanda peny@kit itu kerana sebelum ini aktif bersukan dan berpeluh. Cuma saya ada rasa kebas tangan dan kaki tapi saya anggap perkara biasa.
"Saya pun dah lama kerja dengan majikan ini, sekarang saya berehat kerana dapat cuti s@kit. Tapi saya bimbang kalau lama sangat cuti s@kit, saya akan hilang kerja," katanya.
Menurutnya yang bekerja sebagai jurujual di kedai pakaian itu, dia kini risau akan kehilangan sumber pendapatan tetap untuk membayar segala kos berkaitan.
"Saya sekarang turut menjalani proses urutan dan kosnya RM200 untuk sekali urut. Saya amat berharap sekiranya ada mana-mana pihak bermurah hati menyalurkan sumbangan kepada saya," maklumnya.
Nico G (dahulu Nico) adalah sebuah kumpulan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 1992. Selain Dino, ia turut dianggotai oleh Allahyarham Nico dan Affa.
Sementara itu, sumbangan kepada Dino boleh dibuat menerusi akaun CIMB 7003906375 (Mohd Shah Rosli).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment