01 August 2025

IDENTITI TEMAN LELAKI - CHACHA MAEMBONG BELUM SEDIA DEDAHKAN : "BILA TERLALU TERBUKA ADA YANG TAK SUKA & AKHIRNYA HUBUNGAN ITU TAK MENJADI"



"Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang, tetapi buat masa ini saya tak mahu dedahkan identitinya. Kami sudah kenal lebih tiga tahun. Biarlah hubungan ini kekal privasi. Selagi belum ada kata putus, saya tak mahu kongsi kepada khalayak."

Demikian ujar pelakon Chacha Maembong, 29, dimana pelakon itu memberitahu, dia belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka yang sedang dikenalinya sejak lebih tiga tahun lalu.

Sebelum ini, Chacha menerusi media sosial miliknya telah memuat naik foto makan malam romantik sempena ulang tahun kelahirannya ke-29 semalam (31 Julai).

Kata Chacha atau nama sebe,narnya, Siti Aishah Ismail, dia bimbang jika terlalu terbuka, hubungan itu akan berakhir seperti pengalaman terdahulu dan berhubung itu, dia mahu menjaga privasi pasangannya kali ini.

Klik untuk gambar besar

Menurut adik kepada pelakon Emma Maembong itu, dia kini lebih berhati-hati kerana menyedari keterbukaan dalam hubungan boleh mengundang pelbagai reaksi neg@tif daripada orang luar.

"Bila terlalu terbuka, ada yang tak suka dan akhirnya hubungan itu tak menjadi. Sebab itu saya lebih berhati-hati sekarang. Soal kahwin dan jodoh bukan perkara main-main. Saya t@kut hal sama berulang lagi (berpisah)," tuturnya.

Dalam pada itu, Chacha reda sekiranya belum tiba masanya, meskipun dia sudah bersedia untuk bergelar isteri dan memiliki zuriat.

"Pada usia sekarang, saya memang dah bersedia untuk ada keluarga dan anak. Tapi mungkin belum rezeki. Fokus saya sekarang adalah diri sendiri, keluarga dan kerja. Kalau ada jodoh, takkan ke mana," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: