21 August 2025

KEHIDUPAN SELEPAS KAHWIN - SUFIAN SUHAIMI AKUI BAHAGIA & LEBIH TENANG



"Bahagia sekarang dan lebih tenang serta kehidupan lebih teratur selepas berkahwin ni, semuanya dilakukan berdua dalam menguruskan rumah tangga. Rezeki lepas berkahwin ni sentiasa ada dan paling rezeki tak sangka jiwa ni makin tenang.

"Perancangan (cahaya mata) memang tahun ni kalau boleh sebab tak nak bercinta lama-lama, waktu cantik sekarang ni sebab usia pun sudah meningkat."

Demikian jelas penyanyi Sufian Suhaimi dimana akuinya, hidupnya kini lebih tenang selepas bergelar suami kepada Rania Al Shadar pada Mei lalu, selain kini banyak meluangkan masa bersama isteri serta tidak sangka rezeki semakin mencurah selepas mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Sufian turut menafikan khabar angin yang mengatakan isterinya kini berbadan dua serta meminta mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

"Belum ada lagi... doakan baik-baik saja, terk£jut juga sebab belum masuk episod tu lagi. Tapi saya dan isteri sentiasa bersedia dan reda sekiranya diberikan rezeki anak dalam masa terdekat," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: