"Konsert GenKru itu sudah menjadi satu penanda aras yang sangat besar bagi kami. Apabila kami sudah meninggalkan satu tanda aras yang tinggi, kami tidak mahu terus 'downgr@de'.
"Kalau untuk format GenKru, ia memang batal. Sebab utamanya, kami tidak mahu kec£wakan peminat apabila mereka hadir ke lokasi yang kami terpaksa menurunkan kualitinya.
"Hasilnya itu sudah istimewa. Biarkan saja begitu. Tak perlu kac@u lagi," kata anggota kumpulan ikonik KRU, Datuk Norman Abdul Halim, 53, dimana dia mengesahkan penganjuran Konsert GenKru di Pulau Pinang hujung bulan ini dibatalkan.
Dalam pada itu, ujar Norman, keputusan itu dibuat atas prinsip untuk menjaga kualiti dan imp@k mega dicipta siri konsert mereka di Kuala Lumpur (KL) sebelum ini, yang disifatkan sebagai satu penanda aras sangat tinggi.
Tambahnya, keputusan itu bukanlah kerana tidak mahu melayan peminat di Pulau Pinang atau lokasi lain, tetapi lebih kepada kebimbangan untuk tidak mengulangi format persembahan yang sama secara berterusan.
Klik untuk gambar besar
Menurutnya lagi, KRU bimbang sekiranya konsert lebih kecil akan mengundang perbandingan daripada peminat yang sudah menyaksikan GenKRu yang menggunakan teknologi canggih seperti pentas hidraulik dan elemen lain.
"Kami tak nak peminat kata konsert di KL lebih 'best'. Kami tidak mahu wujud perasaan seperti itu," tuturnya yang turut mengakui sudah merasai perkara itu ketika mengadakan persembahan di Singapura pada Jun lalu.
Akui Norman, skala persembahan di Singapura sememangnya jauh berbeza berbanding di KL yang secara teknikalnya mencecah 40,000 unit untuk empat malam persembahan.
Selain itu, KRU juga berpendapat lebih baik untuk mereka berehat seketika daripada format GenKru dan kembali pada masa hadapan dengan sesuatu yang baharu, sama ada dari segi senarai lagu atau format persembahan.
Norman turut mendedahkan adik-adiknya, Yusry dan Edry, sangat teliti dan tidak gemar melakukan perkara sama berulang kali, terutamanya peminat sudah menjangkakan setiap gim1k bakal dipersembahkan.
"Zaman sekarang ini, semua orang sudah tengok dan rakam. Jadi sus@h untuk kami buat gim1k yang sama. Kalau dahulu, kami boleh buat jelajah seluruh negara dengan jenaka dan persembahan sama," jelasnya.
Berhubung itu, Norman menjawab persoalan mengenai peminat di utara yang mungkin kec£wa, dimana pihaknya sudah pun membuat pengumuman secara tidak rasmi di media sosial sebelum ini mengenai pembatalan itu.
Terdahulu, konsert GenKRU yang dipentaskan empat malam di Axiata Arena, Bukit Jalil, KL pada Mei lalu, diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) dan melakar sejarah baharu buat trio beradik berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment