19 August 2025

RITA RUDAINI MUAT NAIK LUAHAN HATI MENGENAI ANAK : "BILA HATI ANAK DAH TERTUTUP, BUKAN SEBAB DIJAUHKAN... TAPI KERANA PERNAH DIBIARKAN"



Pelakon Rita Rudaini menerusi media sosial miliknya baru-baru ini ada memuat naik hantaran luahan hati mengenai perasaan anak yang dibiarkan tanpa kasih sayang.

Dalam pada itu, Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berkata, sekiranya anak-anak memilih untuk menjauh kerana apa yang terjadi mungkin datangnya dari sal@h sendiri.

"Bila hati anak dah tertutup, bukan sebab dijauhkan tetapi kerana pernah dibiarkan. Usah sal@hkan angin, kalau sendiri yang longgarkan ikatan.

Klik untuk gambar besar

"Jika anak memilih untuk menjauh, usah terburu menyal@hkan orang lain. Kadang-kadang jarak itu bukan dicipta oleh mulut yang berbicara tetapi oleh hati yang pernah dikec£wakan," tulisnya.

Selain itu, ujar Rita, jika anak menjauh bukan kerana h@sutan tetapi mungkin kerana kenangan serta tidak mencari sal@h orang lain jika ianya berlaku sebaliknya perbaiki diri.
Ulasnya lagi, dia tidak menolak apabila anak-anak memilih untuk menjauhkan diri disebabkan oleh kenangan p@hit yang dilalui mereka.

"Terkadang bila anak menjauh, itu bukan kerana h@sutan tetapi kerana kenangan. Jangan cari sal@h pada orang lain, bila yang perlu diperbaiki adalah diri sendiri," ujarnya.

Perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu telah mencur1 perhatian apabila ia turut disertakan dengan tanda pagar 'Kif@rah Isr£al', bagaimanapun Rita tidak menyatakan perkongsian dibuat ditujukan kepada siapa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: